Trump akui masih ‘selesa’
dan tindakannya mencalonkan Brett Kavanugh sebagai hakim bersekutu mahkamah agung negara itu.
“Agak sedikit sukar pada awalnya untuk mempercayai saya adalah Presiden AS, tetapi hakikatnya semua orang mempercayai realiti itu,” kata Trump dalam temu bual program 60 minit bersama siaran berita televisyen CBS.
“Rakan-rakan saya juga tidak memanggil saya Donald, mereka memanggil saya Encik Presiden. Dan saya berkata: “Boleh anda tolong mesra sedikit? Saya sedang membiasakan diri. Saya sedang belajar.
“Ketika ini saya dapat berasakan sepenuhnya diri saya adalah POTUS (Presiden Amerika Syarikat),” kata Trump meng- gunakan singkatan gelaran untuk Presiden AS.
Niat ubah pendirian
Menerusi temuramah itu, Trump seperti biasa kelihatan bersemangat untuk bercakap mengenai pelbagai isu, sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda berniat mengubah pendirian bebasnya, dalam pesona wajahnya sebagai presiden.
Bagaimanapun Trump tidak mengatakan adakah beliau berhasrat untuk kembali kepada dasar yang menimbulkan perbalahan iaitu memisahkan anak-anak pendatang daripada keluarga mereka di sempadan, tetapi pada masa sama tidak menjelaskan keperluan dasar tegas itu.
“Apabila kita membenarkan ibu bapa mereka tinggal bersama, apa yang bakal berlaku adalah kebanjiran pendatang. Sudah pasti ada kesannya, jika masuk ke negara kita secara haram,” katanya.
Pengasingan keluarga dan penahanan ribuan kanakkanak, kebanyakan dari Guatemala, Honduras dan El Salvador, mencetuskan kecaman meluas terhadap dasar Trump.
Kira-kira 2,500 kanak-kanak dan ibu bapa mereka dipisahkan sebelum Trump menggantung dasar itu pada Jun lalu, selang beberapa hari kemudian.
Hakim persekutuan mengarahkan agar semua keluarga disatukan kembali, proses yang masih belum berkesudahan.
REUTERS