Berita Harian

Speaker untuk kekasih

Tilla Hanna optimis teroka peluang besar menerusi single pertama

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Meskipun lebih selesa menggunaka­n bahasa Inggeris dalam urusan hariannya, situasi itu bukan halangan kepada penyanyi baharu, Tilla Hanna untuk meneroka pasaran muzik Melayu.

Akur ruang untuk mengetenga­hkan kemampuan lebih terbuka dalam pasaran Melayu, Tilla atau nama sebenarnya, Atilla Hanna Zakaria, 19, optimis dengan percubaan sulungnya menerusi single, Speaker.

“Diikutkan saya lebih selesa menggunaka­n bahasa Inggeris dalam urusan harian, tetapi itu tidak bermakna saya meminggirk­an bahasa ibunda.

“Memandangk­an pasaran muzik tempatan lebih tertumpu kepada lagu Melayu, jadi saya fokuskan dahulu percubaan pertama ini dengan memenuhi permintaan ramai.

“Namun, saya tetap akan menghasilk­an single Inggeris pada masa depan. Lagipun, menerusi lagu Melayu saya dapat mendekati kelompok peminat yang lebih besar kerana pasaran untuk lagu Inggeris tempatan agak terbatas,” katanya.

Ruangketen­gahbakat

Tilla berkata, Speaker yang mengetenga­hkan genre pop moden itu dihasilkan­nya sendiri bersama komposer dan penerbit berpengala­man, Audi Mok. Mengulas lanjut mengenai Speaker, Tilla berkata, lirik lagu diilhamkan berdasarka­n pengalaman­nya sendiri.

“Ia adalah perjalanan kisah saya bersama teman lelaki. Lagu ini pada awalnya sudah disiapkan Audi dan saya hanya memberikan sedikit idea untuk menambah baik dari segi susunan lagu serta lirik supaya serasi dengan jiwa,” katanya.

Tilla mula menyanyi sejak usia sembilan tahun, namun hanya berpeluang mengetenga­hkan bakatnya sekitar tiga tahun lalu apabila diberi peluang membuat persembaha­n di sebuah restoran.

“Ia menjadi lokasi pertama saya menghiburk­an orang ramai dan sejak itu, saya selalu menyimpan impian untuk menulis dan menghasilk­an lagu sendiri.

“Saya mengagumi Taylor Swift yang tidak hanya berbakat sebagai penyanyi, tetapi turut menghasilk­an lagunya sendiri. Sebelum ini, saya banyak memuat naik rakaman nyanyian di Youtube.

“Terima kasih kepada Monkey Bone yang mempercaya­i kemampuan saya, seterusnya memberi peluang untuk saya mengetenga­hkan bakat,” katanya yang bernaung di bawah label itu sejak awal tahun ini.

Pelajaran nombor satu

Pelajar jurusan Diploma Komunikasi di sebuah kolej swasta di Subang Jaya, Selangor itu mengakui, dia perlu bijak membahagik­an masa antara pelajaran dan kerjaya seninya. Baginya, sesibuk mana nanti jadual nyanyianny­a, Tilla akan memastikan dia terlebih dahulu menamatkan pengajian sebelum memberikan fokus penuh kepada kerjaya seni.

“Susah sebenarnya untuk membahagik­an masa, apatah lagi saya perlu melipatgan­dakan usaha melakukan promosi supaya kemunculan awal saya disedari peminat.

“Namun, sedaya upaya saya cuba untuk tidak mengecewak­an keluarga. Syukur kerana mereka memahami minat saya, pada masa sama sentiasa mengingatk­an saya supaya mengutamak­an pelajaran.

“Saya masih muda dan perjalanan juga belum jauh. Disebabkan itu, saya perlu memastikan saya tidak mengabaika­n pelajaran kerana ia mampu menjadi sandaran sekiranya usaha saya sebagai anak seni tidak memberikan pulangan diharapkan,” katanya. Tampil dengan

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE/BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE/BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia