Berita Harian

Mahkamah tempat terbaik dapatkan pembelaan: Zahid

Presiden UMNO tekad bukti segala kerja amal

-

“Saya akan menggunaka­n mahkamah sebagai tempat terbaik melakukan pembelaan.”

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tenang menjawab soalan media sebaik membayar jaminan RM2 juta secara berperingk­at sebelum dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang didakwa atas 45 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini, reda dengan segala tuduhan dihadapiny­a.

“Keredaan ini adalah untuk menentukan segala yang diterima adalah ujian daripada Allah atas usaha yang sudah saya lakukan.

“Saya berasa kerja amal baik yang dilakukan masih dianggap sebagai sesuatu yang melanggar perundanga­n,” katanya.

Ahmad Zahid yang ditemani isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis, menegaskan akan turut menjelaska­n perkara yang termasuk dalam pendakwaan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga bertekad membuktika­n apa yang sudah dilakukan dengan pembinaan beberapa premis, termasuk tahfiz, masjid, surau dan rumah anak yatim atas nama Islam.

“Ini bukan tempat terbaik menjelaska­nnya. Saya akan melakukan di mahkamah dan apa sahaja pendapat berbeza dalam kalangan masyarakat, saya serahkan kepada Allah,” katanya.

Beliau meninggalk­an perkaranga­n kompleks mahkamah pada jam 12.45 tengah hari dengan kawalan ketat anggota polis dan pengawal peribadi.

Luang masa temui penyokong

Ahmad Zahid turut meluangkan menemui kira-kira 300 penyokongn­ya.

Antara yang hadir memberi sokongan ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang tiba menaiki Toyota Vellfire putih pada jam 9.18 pagi.

Beliau turut tersenyum dan melambai ke arah wartawan dan jurugambar sebelum memasuki lobi kompleks mahkamah sebelum dilihat keluar pada jam 9.50 pagi.

Disapa media mengenai kehadirann­ya di mahkamah, Najib berkata: “Saya datang bagi memberi sokongan moral kepada kawan lama”

Beberapa pemimpin UMNO turut hadir seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Wanita, Datuk Dr Noraini Ahmad; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ahli Parlimen Pontian; Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri dan Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Cuba rempuh pagar

Sementara itu, berlaku sedikit kekecohan di luar pintu pagar masuk ke pekarangan kompleks mahkamah pada jam 10.50 pagi apabila ada penyokong Ahmad Zahid cuba merempuhny­a pagar.

Kira-kira 40 anggota polis dibantu anggota Pasukan Tempur Ringan (LSF) berkawal di luar pintu pagar berkenaan untuk mengawal keadaan.

Kekecohan berlarutan hampir 20 minit sebelum dikawal oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhiday­ah, yang meminta mereka bertenang.

Lagi berita Ms.6

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Pasukan Tempur Ringan mengawal laluan masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berikutan penyokong mula bertindak merempuh pintu pagar mahkamah, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Pasukan Tempur Ringan mengawal laluan masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berikutan penyokong mula bertindak merempuh pintu pagar mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia