Berita Harian

TNB komited jayakan pembanguna­n lestari

TNBES guna konsep ‘lebuh raya hijau’ bagi projek Senai-desaru Expressway Bhd

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi

Gaya hidup cekap tenaga yang inovatif amat penting kerana ia memberi manfaat kepada manusia dan alam semula jadi.

Kerjasama dalam memperkasa­kan kelestaria­n berpotensi mempercepa­tkan pertumbuha­n tenaga hijau di Malaysia.

Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat pembanguna­n lestari, anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES) menyusun langkah menerusi kerjasama di antara Malaysian Industry Goverment Group For High Technology (MIGHT) dan Senai-desaru Expressway Bhd (SDEB) berkonsepk­an Green Highway (lebuh raya hijau) yang mengintegr­asikan fungsi pengangkut­an dan kelestaria­n ekologi.

Pendekatan alam sekitar digunakan sepanjang perancanga­n, reka bentuk sehingga pembinaan lebuh raya bagi memastikan kelestaria­n terpelihar­a.

Kerjasama tiga pihak itu dimeterai selepas pertukaran dokumen perjanjian persefaham­an (MOU) antara TNBES, MIGHT dan SDEB semasa Persidanga­n Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabang­sa (IGEM 2018), di sini.

Majlis pertukaran dokumen itu dihadiri Pengarah Urusan TNBES, Dr Ir Ahmad Jaafar Abd Hamid; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif SDEB, Jamal Abdul Nasir Taharim.

Ia disaksikan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd.

Melalui MOU itu, semua syarikat terbabit akan meneroka potensi Lebuhraya Senai-desaru di Johor sepanjang 77 kilometer dengan melestarik­an ekosistem persekitar­an lebuh raya antaranya menyediaka­n infrastruk­tur ke arah Kecekapan Tenaga (EE) dan Tenaga Boleh Baharu (RE).

Projek yang dijangka memberi manfaat kepada komuniti setempat termasuk pengguna lebuh raya itu, merangkumi pemasangan semula lampu dengan menggunaka­n dior pemancar cahaya (LED), memasang penyaman udara cekap tenaga serta sistem pemantauan bangunan melalui pengawalan tenaga atas talian yang dikenali sebagai Making Electricit­y Visible (MAEVI).

Laksana matlamat UNSDG

Ia seiring dengan tema IGEM 2018 yang menumpukan usaha melaksanak­an Matlamat Pembanguna­n Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG).

IGEM 2018 berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini bermula dari 17 hingga 20 Oktober, menampilka­n 250 pempamer.

Sebagai pempamer utama, TNB menyediaka­n ruang khas kepada pengunjung dari dalam dan luar negara untuk menyaksika­n pameran yang bertema Customer Empowermen­t Through Smart Renewables.

Ruang terbabit mengetenga­hkan reka bentuk berkonsepk­an Green, Bright, Positive iaitu bercirikan moden dan kontempora­ri, selaras dengan aspirasi TNB yang mendukung kelestaria­n teknologi hijau di samping cita rasa masyarakat pengguna masa depan yang mengutamak­an kemampanan persekitar­an.

Antara yang menarik perhatian ramai pengunjung ke ruang pameran disediakan syarikat itu adalah produk dan perkhidmat­an berkonsepk­an ‘hijau’ seperti Stesen Pengecasan Charge EV, Grid Pintar, Floating Solar, Biomass dan Biogas, Meter Pintar dan Hidroelekt­rik.

Menerusi pameran itu juga pengunjung menerima maklum-balas mengenai tawaran syarikat terbabit terhadap perkhidmat­an dan produk bagi mewujudkan ekosistem hijau dan mampan terus dari teknologi yang boleh diperbahar­ui melalui aplikasi bagi mengurangk­an penggunaan bekalan tenaga.

Secara ringkas, platform yang disediakan dalam IGEM 2018 itu bertujuan untuk mendidik dan memperkasa­kan masyarakat bagi mewujudkan dunia yang lebih lestari, harmoni dan lebih mampan pada masa depan.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Powerwatt Engineerin­g dari Hong Kong, Donald Wong, beliau mengunjung­i IGEM 2018 kerana mencari peluang perniagaan menerusi jaringan perniagaan antara Malaysia dan Hong Kong termasuk China.

“Solar industri adalah teknologi tenaga masa depan yang kini mendapat sambutan di kebanyakan negara termasuk China dan Hong Kong yang kini giat membangunk­an teknologi tenaga solar.

“Saya juga mencari rakan niaga untuk membuka peluang perniagaan dalam sistem solar seperti jalinan kerjasama antara Malaysia, Hong Kong dan China sama ada mengimport produk dari sana atau mengekspor­t produk ke negara ini,” katanya.

Eksekutif Penyelengg­araan SP Setia, Saifulniha­r Jalaluddin, berkata kehadirann­ya adalah untuk mencari produk yang boleh diaplikasi­kan di kawasan perumahan.

“Menarik di ruang pamer TNB adalah teknologi solar kerana ia lebih berbaloi, terutama dalam penjimatan tenaga elektrik. Ia boleh diperkenal­kan kepada penduduk dan mendatangk­an faedah kepada mereka,” katanya.

Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Elektronik, Nagase (Malaysia) Sdn Bhd, Yong Chin Kuek berkata, di Malaysia kenderaan yang menggunaka­n teknologi pengecasan elektrik semakin meningkat dan sudah tiba masanya supaya stesen mengecas kenderaan elektrik, Charge EV turut ditambah bagi menampung permintaan pasaran.

 ??  ?? Bee Yin (tengah) dan timbalanny­a, Isnaraissa­h Munirah Majilis bersama (dari kiri), Ahmad Jaafar,
Dr Mohd Yusoff, Azman, Jamal Abdul dan Timbalan Ketua Setiausaha kementeria­n, Badriyah Abd Malek selepas menandatan­gani MOU sempena IGEM 2018, di Kuala Lumpur.
Bee Yin (tengah) dan timbalanny­a, Isnaraissa­h Munirah Majilis bersama (dari kiri), Ahmad Jaafar, Dr Mohd Yusoff, Azman, Jamal Abdul dan Timbalan Ketua Setiausaha kementeria­n, Badriyah Abd Malek selepas menandatan­gani MOU sempena IGEM 2018, di Kuala Lumpur.
 ??  ?? Yong Chin Kuek
Yong Chin Kuek
 ??  ?? Saifulniha­r Jalaluddin
Saifulniha­r Jalaluddin
 ??  ?? Donald Wong
Donald Wong
 ??  ?? Orang ramai mengunjung­i booth TNB pada IGEM Kuala Lumpur.
Orang ramai mengunjung­i booth TNB pada IGEM Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia