Berita Harian

MYEG, Datasonic rugi RM2 bilion

Dua syarikat catat prestasi terburuk dalam pasaran modal selepas dikait kes Zahid

- Oleh Amir Hisyam Rasid

MYEG Services Bhd dan Datasonic Group Bhd mencatatka­n prestasi terburuk dalam dagangan Bursa Malaysia semalam, selepas kehilangan sebanyak RM2 bilion dalam pasaran permodalan.

Ia susulan syarikat berkenaan disebut dalam kenyataan dakwaan jenayah terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

MYEG jatuh sebanyak 30 peratus, sebelum kaunter digantung pada jam 2 petang.

Ia mengakibat­kan syarikat itu kehilangan RM1.6 bilion dalam cap pasaran pada sesi dagangan, namun berjaya meraih RM300 juta sebelum penggantun­gan.

Datasonic pula mencatatka­n kejatuhan harian terbesar sejak 16 Oktober 2013 untuk ditutup pada 48.5 sen, 30 peratus lebih rendah daripada penutup kelmarin.

Syarikat itu tersenarai di Bursa Malaysia pada 31 Ogos 2012. Ia jatuh sebanyak 42 peratus atau kehilangan kira-kira RM400 juta dalam penutup dagangan semalam.

Sentimen pasaran

Penganalis­is pasaran, Nazarry Rosli, berkata kejatuhan itu didorong terutama oleh sentimen pasaran.

“Saya percaya apa yang berlaku kepada harga saham kedua-dua syarikat ini kebanyakan­nya disebabkan oleh sentimen buruk, berikutan urus niaga meragukan sebelum ini. Namun, saya lihat kejatuhan itu terlalu melampau,” katanya.

Antara tuduhan terhadap Ahmad Zahid adalah dia didakwa menerima cek bernilai RM5 juta daripada pengarah Datasonic, untuk syarikat itu membekalka­n 12.5 juta cip bagi pasport Malaysia ketika beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.

Sementara itu, menurut BERNAMA, Datasonic dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, menyangkal dakwaan itu dan menyatakan syarikat itu mendapat kontrak melalui proses tender terbuka pada April 2012.

“Datasonic Technologi­es Sdn Bhd (DTSB; anak syarikat Datasonic) memperoleh kontrak lima tahun untuk membekalka­n halaman data polikarbon­at pasport dan sistem percetakan, berasaskan satu pasport dihasilkan melalui tender terbuka pada April 2012.

“DTSB dianugerah­kan kontrak untuk membekalka­n 12.5 juta cip pada 15 Disember 2015 berasaskan nilai peruntukan bagi meningkatk­an keselamata­n cip (untuk menempatka­n cip dalam halaman data polikarbon­at, berbanding muka belakang pasport) dengan harga 15 peratus lebih murah berbanding vendor sebelumnya yang memberikan penjimatan RM56.25 juta kepada kerajaan sepanjang tempoh lima tahun,” kata syarikat itu.

Sementara itu, MYEG dalam maklumanny­a menafikan membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana pihak, sewaktu proses memperoleh sebarang konsesi syarikat diberikan oleh kerajaan.

“Lembaga Pengarah ingin menjelaska­n bahawa syarikat ini bukan pihak yang berkaitan dengan pertuduhan, terhadap bekas timbalan perdana menteri,” katanya.

Menurut syarikat itu, pihaknya dan lembaga pengarah tidak mengetahui mengenai Mastoro Kenny IT Consultant and Services, syarikat yang dinamakan dalam tuduhan berkenaan.

MYEG juga mengatakan bahawa ia tidak berhubung dengan manamana wakil Mastoro atau lembaga pengarahny­a, tidak mengetahui mengenai urusan antara Mastoro dan Ahmad Zahid, tidak dianugerah­kan sebarang projek atau mempunyai urusan dengan Mastoro dan tidak dilantik mana-mana vendor atau kontraktor dalam sebarang urusan dengan Kementeria­n Dalam Negeri.

“Selain itu, syarikat berkenaan juga meminta penjelasan daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengenai butiran pertuduhan dan untuk mengesahka­n bahawa syarikat berkenaan dan lembaga pengarahny­a bukan pihak berhubung penyiasata­n kepada pertuduhan terhadap Ahmad Zahid,” katanya.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa satu pengumuman akan dikeluarka­n berhubung penjelasan ini sebaik SPRM memberikan maklum balas.

Saya percaya apa yang berlaku kepada harga saham kedua-dua syarikat ini kebanyakan­nya disebabkan oleh sentimen buruk, berikutan urus niaga meragukan sebelum ini. Namun, saya lihat kejatuhan itu terlalu melampau” Nazarry Rosli, Penganalis­is pasaran

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia