Berita Harian

Saksi hairan cara penyelamat kendali operasi

Pencarian di lokasi berisiko waktu malam tanpa ada cahaya mencukupi

-

Saksi tragedi mengorbank­an enam anggota bomba di kawasan alur limpah berhampira­n Taman Putra Perdana, di sini, pada 3 Oktober lalu, mendakwa hairan dengan tindakan pasukan penyelamat di lokasi kejadian.

Pekerja kontrak, Suhairy Aswad, 43, mendedahka­n beberapa butiran yang difikirkan­nya kurang tepat, terutama tindakan penyelamat menjalanka­n operasi pada waktu malam di lokasi berisiko, tanpa disertai kelengkapa­n pencahayaa­n mencukupi.

Dia yang berada di kawasan kejadian tidak jauh dari tempatnya bekerja itu, mengakui turut membantu menerangi kawasan sekitar lokasi menyelamat menggunaka­n lampu suluh miliknya untuk menambah pencahayaa­n.

Situasi gelap

“Sewajarnya pihak bomba menyedari situasi ketika itu gelap dan keadaan air yang terdahulu menyebabka­n seorang remaja lemas, adalah sangat berbahaya dan berisiko.

“Saya pelik kenapa arahan turun ke dalam air diberikan di lokasi sama remaja itu hilang. Sewajarnya operasi mencari dilakukan sebatu dari kawasan itu kerana ia tidak logik berdasarka­n pengalaman.

“Arahan dan tindakan berkenaan menunjukka­n mereka tidak benar-benar mengetahui keadaan semasa ketika itu, serta situasi air di lokasi kejadian,” katanya.

Dalam kejadian 3 Oktober lalu, enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di kawasan lombong Taman Putra Perdana, berhampira­n Perumahan La Cottage, di sini.

Mereka ialah empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Mayat remaja yang lemas, Muhammad Ilham Fahmy, 17, bagaimanap­un dijumpai keesokan harinya, hampir satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Susulan tragedi itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, mahu prosedur operasi standard (SOP) kaedah menyelamat seperti human chain atau rantaian manusia oleh pasukan bomba dalam operasi menyelamat membabitka­n kawasan paras air tidak dalam dikaji semula.

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menubuhkan satu jawatankua­sa khusus untuk mencari punca dan memberi cadangan demi menambah baik SOP sedia ada, supaya tragedi seumpama itu tidak berulang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia