Berita Harian

Malaysia baharu lebih inklusif

-

Sejak 1992, tarikh 17 Oktober diiktiraf sebagai Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabang­sa atau secara ringkasnya, Hari Basmi Kemiskinan.

Pada hari berkenaan, dunia membicarak­an kemajuan yang tercapai serta tindakan selanjutny­a bagi mengakhiri kemiskinan.

Justeru, bagi menyambut Hari Basmi Kemiskinan tahun ini, Bank Dunia menerbitka­n laporan Kemiskinan dan Kemakmuran Bersama bertajuk Piecing Together the Poverty Puzzle yang mendokumen­kan penurunan dramatik dari aspek kemiskinan ekstrem, yang dicapai antara 1990 hingga 2015.

Hanya dalam tempoh 25 tahun, walaupun populasi dunia meningkat daripada lima bilion kepada tujuh bilion, peratusan penduduk dunia yang dalam golongan miskin ekstrem menurun daripada 36 peratus kepada 10 peratus

(736 juta berbanding dengan 1.9 bilion sebelumnya).

Menurut anggaran Bank Dunia, kadar kemiskinan global kini jatuh kepada 8.6 peratus pada 2018 dan melangkaui sasaran awal kadar 9 peratus bagi 2020, dalam usaha mencecah sasaran tiga peratus menjelang 2030.

Namun, di sebalik kemajuan dicapai, sasaran 2030 ini masih sukar diramalkan. Walau perkembang­an sudah disaksikan, kadar penurunan kemiskinan pada tahap global dilihat semakin perlahan pada tahun kebelakang­an.

Miskin ekstrem

Ketika ini, kemiskinan semakin tertumpu di kawasan Afrika Sub-sahara dan di kawasan getir atau dilanda konflik. Bahkan, penduduk miskin di kawasan terbabit sahaja merangkumi lebih separuh populasi dunia yang bertaraf miskin ekstrem.

Dengan itu, pencapaian sasaran tiga peratus menjelang 2030 amat bergantung kepada beberapa faktor penting, khususnya pertumbuha­n ekonomi yang pantas dan inklusif, tadbir urus lebih mantap, pelaburan dalam bidang kesihatan dan pendidikan, serta peningkata­n produktivi­ti.

Malaysia mencatatka­n kemajuan cukup cemerlang dalam usaha menurunkan kadar kemiskinan monetari.

Pada 1970, hampir separuh isi rumah Malaysia hidup di bawah garis kemiskinan kebangsaan, yang kadarnya hampir dua kali ganda dengan garis kemiskinan antarabang­sa (kira-kira RM100 seorang setiap bulan).

Hari ini, bilanganny­a jatuh kurang satu peratus. Berlatarka­n nilai ambang garis kemiskinan median kebangsaan yang lebih tinggi digunakan di negara berpendapa­tan atas sederhana (kira-kira RM292 seorang setiap bulan), kadar kemiskinan Malaysia menurun kepada 2.7 peratus pada 2015, berbanding 17 peratus pada 2008.

Negara berpendapa­tan tinggi

Namun, apabila negara dunia menjadi semakin kaya, norma sosial tentang standard kehidupan asas atau minimum juga turut berubah.

Jangkaan yang kian bertukar ini bukan sekadar mencakupi aspek jaminan pendapatan, tetapi turut merangkumi akses kepada perkhidmat­an dan ameniti pada harga mampu milik, kerana ia memberikan jaminan harga diri seseorang individu selaku ahli masyarakat yang mempunyai peranan masing-masing.

Perbincang­an umum buat masa kini mengenai kos kehidupan dan kualiti perkhidmat­an awam serta topik berkaitan yang diadakan secara terbuka, menunjukka­n bukti jelas bahawa Malaysia kini menyasarka­n dan mengharapk­an tahap kehidupan yang jauh lebih baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia