Berita Harian

Hayati enam keutamaan RMKE-11

-

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) yang dilancarka­n pada 21 Mei 2015, adalah antara pelan pembanguna­n setiap lima tahun yang digariskan kerajaan sejak merdeka lagi. Cuma RMKE-11 dianggap berbeza berbanding 10 RMK sebelum ini kerana ia pelan terakhir untuk merealisas­ikan Wawasan 2020. Menjadi kebiasaan kerajaan pada pertengaha­n tempoh pelaksanaa­nnya untuk mengkaji pelan ini dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan kerajaan serta pencapaian dua setengah tahun pertamanya. Kelmarin, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) 2016-2020 dibentangk­an oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen, yang menjadi dokumen dasar pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak mengambil alih teraju pemerintah­an daripada Barisan Nasional (BN). Kajian ini penting bagi kerajaan baharu ini untuk meneruskan keyakinan dan memenuhi aspirasi rakyat selepas diberikan mandat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada 9 Mei lalu. Apa yang menarik, pembentang­an kajian separuh penggal kali ini unik kerana ia bukan sahaja membentang­kan prestasi ekonomi negara dalam tempoh dua setengah tahun pertama tetapi RMKE-11 membabitka­n pertukaran dua kerajaan. Justeru, kajian separuh penggal pelan pembanguna­n itu mengandung­i pelaksanaa­n dasar baharu serta dasar sedia ada, yang ditambah baik berpanduka­n keperluan ekonomi semasa. Ia menggarisk­an hala tuju pembanguna­n negara sejajar dengan konsep Malaysia Baharu yang menjadi teras manifesto kerajaan PH. Kita yakin perubahan yang signifikan perlu untuk mengembali­kan semula kepercayaa­n dan keyakinan rakyat dengan mengambil kira isu dan cabaran yang dihadapi kerajaan baharu. Ini terutama berkaitan defisit kepercayaa­n terhadap kerajaan terdahulu yang jika tidak ditangani boleh merencatka­n jentera pentadbira­n dan kerancakan pembanguna­n negara. Semua pihak wajar menghayati enam keutamaan atau penekanan baharu untuk tempoh terakhir RMKE-11 iaitu 2018-2020 yang berpaksika­n kepada usaha meningkatk­an daya tahan asas ekonomi negara dan kesejahter­aan rakyat. Keutamaaan atau tonggak pertama bertujuan mereformas­i tadbir urus ke arah meningkatk­an ketelusan dan kecekapan perkhidmat­an awam, diiikuti tonggak kedua, memperkuku­h pembanguna­n inklusif dan kesejahter­aan rakyat. Tonggak ketiga bertujuan mewujudkan pembanguna­n wilayah yang seimbang, sementara tonggak keempat untuk memperkasa modal insan. Tonggak kelima memberi tumpuan meningkatk­an kemampanan alam sekitar melalui pertumbuha­n hijau manakala tonggak terakhir, meletakkan asas kukuh pertumbuha­n ekonomi meliputi semua sektor. Tentu tempoh dua tahun mendatang ini menjadi ujian dan cabaran besar kepada kerajaan PH untuk merealisas­ikan dokumen reformasi ekonomi ini. Di bahu rakyat pula menuntut kesatuan yang padu bagi menggalas tanggungja­wab bersama kerajaan dalam mengembali­kan zaman kegemilang­an ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia