Berita Harian

Jurang, kelemahan ketara usah diketepi

-

Oleh itu, dengan menyedari standard negara berpendapa­tan tinggi dan maju yang diaspirasi­kan oleh Malaysia, jurang serta kelemahan yang ketara tidak boleh diketepika­n sebagai kes terpencil.

Sebagai contoh, kajian oleh Institut Kesihatan Umum pada 2016 mendapati 20.7 peratus kanak-kanak Malaysia terbantut akibat kekurangan zat nutrien.

Kadar kanak-kanak terbantut ini berada di kawasan bandar dan luar bandar, bahkan merentasi semua negeri, bangsa dan tahap pendapatan serta pendidikan ibu masing-masing.

Dasar intervensi sosial

Oleh yang demikian, dasar awam dan intervensi sosial pada masa akan datang boleh dijadikan lebih efektif dengan memastikan ia bertepatan dengan kehendak situasi kehidupan penduduk.

Satu contoh ialah program Bantuan Sara Hidup (BSH). Impak dan keberkesan­an kos program ini mampu mengatasi program sebelumnya dengan memastikan kriteria kelayakan dan jumlah manfaat diterima oleh penduduk, mengambil kira saiz dan komposisi isi rumah dan kos hidup yang berbeza menurut negeri serta juga berlatarka­n sama ada ia kawasan bandar atau luar bandar.

Sudah banyak yang diperkatak­an tentang peralihan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapa­tan tinggi. Namun, makna sebenar peralihan ini akan terserlah hanya sekiranya setiap rakyat Malaysia berpeluang bersama-sama menikmati manfaat monetari dan bukan monetari, hasil daripada kemakmuran negara.

Malaysia sudah bersedia mengembang­kan populasi berpendapa­tan sederhana yang saiznya lebih besar dan lebih berdaya tahan, di mana ia boleh menjadi pemacu pertumbuha­n masa depan, peneraju tadbir urus yang lebih baik dan mengangkat kebertangg­ungjawaban yang lebih tinggi.

Secara tuntas, komitmen terhadap aspek inklusif dalam kalangan masyarakat Malaysia Baharu, serentak dengan usaha menangani jurang dan kelemahan yang ada.

Semua ini mampu membasmi kemiskinan dan menambah baik standard kehidupan setiap rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia