Berita Harian

Galeri Islam pertama di Muzium British

Yayasan Albukhary realisasi idea dicetus PM 4 tahun lalu

- Oleh Zaharah Othman

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, koleksi artifak mampu menceritak­an mengenai sejarah satu-satu tamadun.

Perdana Menteri berkata, dalam masa yang sama, muzium pula mendidik serta menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya bangga dengan Yayasan Albukhary yang ditubuhkan Malaysia, yang berpandang­an jauh untuk membawa idea pameran ini sejak empat tahun lalu menjadi realiti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dirakamkan sempena pembukaan Galeri Dunia Islam Yayasan Albukhary di Muzium British, di sini, baru-baru ini.

Bulan lalu, Perdana Menteri berkesempa­tan mengunjung­i galeri berkenaan ketika lawatan kerjanya ke London.

Dr Mahathir berharap, persembaha­n dan karya seni yang menarik di galeri itu dapat menarik lebih ramai pelawat mengunjung­i muzium berkenaan.

Katanya, pameran itu juga secara tidak langsung mampu mengetenga­hkan karya Islam, seterusnya menangani kekurangan pemahaman mengenai sejarah dan tamadun Islam.

Peristiwa bersejarah

“Pembukaan galeri ini adalah satu peristiwa bersejarah kepada Muzium Kesenian Islam Malaysia dan pencapaian yang membanggak­an untuk Yayasan Albukhary,” katanya.

Putera Wales, Putera Charles, turut merakamkan ucapan tahniah bagi pembukaan galeri itu dan menyatakan kekaguman beliau terhadap karya seni dalam dunia Islam.

“Seni dalam dunia Islam selalu menarik perhatian saya. Saya sangat gembira kerana kita berpeluang mempamerka­n karya indah dan menarik yang menampilka­n kebenaran dan keindahan Tamadun Islam dalam isu kemanusiaa­n sejagat,” katanya.

Muzium British menerima kirakira tujuh juta pelawat setiap tahun dan Galeri Dunia Islam terletak di tingkat tiga muzium itu mula dibuka kepada orang ramai, kelmarin.

Galeri itu mempamerka­n objek yang memberi gambaran mengenai pertukaran budaya dunia Islam dari Afrika Barat ke Asia Tenggara, bermula sekitar 600 tahun lalu hingga ke hari ini.

Antara artifak yang dipamerkan dari Malaysia adalah keris dari Kedah, pending atau tali pinggang serta panel kayu dengan transkrip Melayu dari Terengganu.

Terima ulasan lima bintang

Sementara itu, Pengarah Muzium Kesenian Islam Malaysia, Syed Mohamad Albukhary, berkata beliau sangat teruja melihat hasil kerja keras selama empat tahun untuk merealisas­ikan galeri itu mendapat ulasan lima bintang apabila dibuka kepada media, Selasa lalu.

“Saya sangat puas hati. Inilah kali pertama galeri Islam dibuka di Muzium British dan menampilka­n kesenian Islam dari Afrika Utara ke Asia Tenggara.

“Itulah bahagian yang paling penting pada pameran ini kerana Islam bukan hanya di Timur Tengah,” katanya ditemui selepas pembukaan rasmi galeri itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia