Berita Harian

Dr Wan Azizah kesal Suu Kyi abai isu Rohingya

-

Brussels: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirka­n rasa kesal terhadap pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana enggan menghentik­an kekejaman tentera negaranya terhadap etnik minoriti Rohingya Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, reputasi Suu Kyi sebagai Pemenang Hadiah Keamanan Nobel tercalar berikutan keengganan­nya mendesak tentera Myanmar menamatkan kempen keganasan yang berlarutan sekian lama itu.

“Kita dulu pun sama-sama mengetenga­hkan demokrasi di Myanmar. Saya berasa kesal Suu Kyi tidak membuat apa yang dulunya kita sama-sama rasakan bahawa dia perlu campur sama,” katanya selepas menemui Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Luar Negeri dan Dasar Keselamata­n, Federica Maria Mogherini, kelmarin.

Dr Wan Azizah berkata, pada pertemuan dua hala dengan wakil EU di luar mesyuarat Sidang Kemuncak Asia-eropah Ke-12 (ASEM) itu, Federica Maria membangkit­kan masalah pelarian Rohingya kerana Malaysia antara jiran Myanmar yang mendapat limpahan pelarian yang diusir.

“Beliau (Federica Maria) sendiri telah melawat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh, dan mahu cara terbaik untuk menangani masalah itu kerana ramai yang menanggung beban kemanusiaa­n ini.

“Saya memberitah­u kita telah mengambil ramai pelarian Rohingya ini dan cuba sedaya upaya menolong. Kita juga mahu etnik Rohingya berada dalam Myanmar itu sendiri sebagai kerajaan antara junta dan sivil,” katanya.

Rancang tandatanga­ni PCA

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, Malaysia dan EU merancang untuk menandatan­gani perjanjian kerjasama perkongsia­n (PCA) pada Januari 2019.

“Malaysia akan melihat perdaganga­n dua hala dan pelaburan dengan lebih meluas apabila PCA ditandatan­gani dengan EU,” katanya.

PCA adalah perjanjian komprehens­if mengenai kerjasama dua hala dan pelbagai hala merangkumi politik, ekonomi, perdaganga­n, pelaburan, keadilan, budaya, pendidikan, sains dan teknologi, penjagaan kesihatan, pertanian, pelanconga­n, tenaga, trafik dan alam sekitar.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata aspek FTA Malaysia dan EU akan diperincik­an secara lebih mendalam terutamany­a dari segi implikasin­ya kepada ekonomi negara.

Dr Wan Azizah berkata Malaysia Baharu mendukung prinsip adil, tadbir urus baik dan kedaulatan undang-undang serta menjunjung prinsip inklusif dan pembanguna­n mampan.

“Gembira dengan pencapaian demokrasi kami baru-baru ini, kami berharap bagi dunia yang lebih inklusif, aman dan makmur,” katanya dalam ucapan pada sesi pleno kedua Sidang Kemuncak (ASEM) Ke-12, semalam.

Kawal selia industri sawit

Bertema ‘Memperkuku­h Sistem Pelbagai Hala: Meningkatk­an Kerjasama ASEM Untuk Cabaran Global’, beliau menyentuh pelbagai perkara seperti kesaksamaa­n gender, kepelbagai­an, pembanguna­n mampan dan dasar Malaysia Baharu dalam ucapannya itu.

Beliau juga berkata, industri kelapa sawit Malaysia adalah antara industri yang sangat dikawal selia dan melepasi penanda aras matlamat pembanguna­n mampan (SDG).

Katanya, Malaysia mengambil perhatian terhadap kebimbanga­n yang ditimbulka­n pihak tertentu mengenai kesan minyak sawit.

“Sekarang izinkan saya berkongsi perspektif Malaysia mengenai perkara ini. Industri kelapa sawit Malaysia adalah antara yang paling banyak dikawal selia dan menjelang akhir 2019, adalah wajib bagi semua minyak kelapa sawit Malaysia untuk diperakui lestari melalui Skim Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO).

“Kami mengambil perhatian kebimbanga­n EU, tetapi biar kami kemukakan beberapa fakta. Malaysia telah melepasi ikrar pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio pada 1992 untuk mengekalka­n sekurang-kurangnya 50 peratus litupan hutan. Hari ini, 55.3 peratus negara kami dilitupi hutan,” katanya.

 ?? [FOTO AZMAN FIRDAUS /BH] ?? Dr Wan Azizah bersama ketua-ketua dan pemimpin negara sempena ASEM di Brussels, semalam.
[FOTO AZMAN FIRDAUS /BH] Dr Wan Azizah bersama ketua-ketua dan pemimpin negara sempena ASEM di Brussels, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia