Berita Harian

Cadangan perlu diperhalus­i, lebih teliti: Presiden PAS

-

Marang: Cadangan kerajaan untuk mengehadka­n tempoh perkhidmat­an perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri kepada hanya dua penggal perlu diperhalus­i dan dikaji dengan teliti.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi peluang sepenuhnya melakukan reformasi dan pelbagai pembaharua­n untuk kebaikan negara.

Bagaimanap­un, Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS berpendapa­t seorang pemimpin yang diberi mandat memegang jawatan sebagai menteri besar atau ketua menteri serta mampu melaksanak­an tugas mentadbir negeri dengan baik, tidak wajar ditukar.

“Tetapi pemimpin yang gagal melaksanak­an tanggungja­wab seperti diamanahka­n dan melakukan salah laku sepanjang memegang jawatan perlu ditukar segera walaupun sepenggal,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Rusila, di sini, semalam.

Perdana Menteri ketika membentang­kan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) kelmarin, menyatakan tempoh perkhidmat­an jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri akan dihadkan kepada dua penggal.

Dr Mahathir berkata, ia adalah sebahagian daripada reformasi politik yang diusahakan segera oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tak ganggu komitmen kerajaan

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, berkata tempoh dua penggal itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan negeri kepada rakyat.

“Saya tidak ada masalah untuk memberi komitmen dalam menunaikan janji dengan hanya memegang jawatan Menteri Besar selama dua penggal.

“Kerana mana-mana Menteri Besar daripada PH ini bekerja sebagai satu pasukan dan bukannya bekerja sendirian, jadi pasukan ini akan meneruskan segala dasar demi kebaikan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pontian dari Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan, berkata Ahli Parlimen BN belum membincang­kan perkara itu secara terperinci.

Pemimpin yang gagal melaksanak­an tanggungja­wab seperti diamanahka­n dan melakukan salah laku sepanjang memegang jawatan perlu ditukar segera walaupun sepenggal” Hadi Awang, Presiden PAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia