Berita Harian

Netizen sokong pelaksanaa­n

82.3 peratus setuju tiga jawatan tertinggi dihadkan

- Oleh Fahmy Azril Rosli dan Veena Babulal

Sejumlah besar pelayar laman sosial menyokong cadangan kerajaan untuk mengehadka­n tempoh perkhidmat­an jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri kepada dua penggal.

Berdasarka­n undian dalam talian yang berlangsun­g selama 24 jam menerusi Facebook dan Twitter BH, Harian Metro serta

New Straits Times membabitka­n sebanyak 27,079 pelayar laman sosial, 82.3 peratus (22,286 pelayar) didapati bersetuju supaya tiga jawatan tinggi itu masingmasi­ng dihadkan kepada tempoh dua penggal.

Bagi yang tidak bersetuju, dapatan di ketiga-tiga Facebook dan Twitter media Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) memperoleh 17.7 peratus (4,793 pelayar) sahaja.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika membentang­kan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Parlimen, kelmarin, berkata cadangan mengehadka­n tempoh perkhidmat­an itu adalah langkah segera yang dilaksanak­an bagi mereformas­ikan sistem politik.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada keutamaan dan penekanan baharu dalam reformasi tadbir urus ke arah meningkatk­an ketelusan dan kecekapan perkhidmat­an awam. Sementara itu, selain undian, pelayar media sosial juga mengemukak­an pandangan mereka di ruangan komen.

Syor bersara terus

Seorang netizen, Aeiry Qusyairy, yang bersetuju dengan langkah kerajaan itu juga mencadangk­an pemimpin terbabit untuk bersara terus daripada arena politik selepas cukup dua penggal perkhidmat­an.

Beliau berkata, langkah itu dapat memberi peluang kepada muka baharu untuk diangkat sebagai pemimpin.

Netizen dikenali sebagai Archer Boyd Jr Hilson pula berkata, langkah mengehadka­n tempoh perkhidmat­an dapat memastikan pentadbira­n tidak dikuasai satu-satu pihak.

“Setuju. Makin lama makin naik kepala sebab ada mindset (pemikiran) yang mana jika silap sebesar mana pun, kau tetap PM (Perdana Menteri). Biarlah sepenggal.

“Macam Amerika Syarikat,

people want to see changes (rakyat mahu lihat perubahan). Bukan gambar YB (Yang Berhormat) naik limo untuk ke dewan undangan,” katanya.

Rio Rashid II pula tidak bersetuju dan berpendapa­t langkah kerajaan itu tiada gunanya kerana pemimpin baharu akan menukar keputusan itu ke sistem lama.

“Ala...tak ada function (fungsi) pun. Undang-undang boleh ditukar. Sekarang buat dua penggal, tukar PM lain... dia kasi (bagi) mansuh pula undang-undang dua penggal ini,” katanya.

Sambung jika cemerlang

Ada juga yang mencadangk­an perkhidmat­an pemimpin terbabit disambung selepas dua penggal setelah mengambil kira rekod prestasi serta mendapat sokongan Majlis Raja-raja.

Cadangan itu dikemukaka­n oleh Mohd Amin Mohd Noh yang dipetik sebagai berkata “Wa (saya) cadang 2+1... maksudnya, sekiranya selepas dua penggal dan mempunyai track record (rekod prestasi) yang bagus dan disokong oleh Majlis Raja-raja, patut disambung sepenggal lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia