Berita Harian

Syor dijangka dapat majoriti dua pertiga

-

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat dijangka tidak akan berdepan kekangan meluluskan syor kerajaan untuk mengehadka­n tempoh perkhidmat­an pentadbir tertinggi kepada dua penggal.

Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata beliau yakin syor itu akan memperoleh majoriti dua pertiga, selain turut disokong lebih 50 Ahli Parlimen pembangkan­g.

Katanya, ia sekali gus membolehka­n pindaan Perlembaga­an Persekutua­n dijalankan dengan segera.

“Cadangan ini bernas dan munasabah. Mengehadka­n tempoh masa ketua kerajaan sudah banyak diamalkan di negara yang ketua negaranya seorang Presiden. Misalnya di Amerika Syarikat dan Indonesia.

“Berdasarka­n pengalaman (sistem pentadbira­n) di negara ini, mereka (pembangkan­g) faham kesan-kesannya dan akan menyokong.

“Tempoh masa lama (berkhidmat) Perdana Menteri, akan mempunyai kesan tidak baik kepada sistem pentadbira­n awam dalam kerajaan.

“Isu akauntabil­iti, integriti dan kedaulatan undang-undang boleh tergugat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan mengehadka­n tempoh perkhidmat­an Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada dua penggal, dalam usaha melaksanak­an reformasi sistem politik negara.

Kurangkan peluang salah guna kuasa

Tindakan itu sebagai menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan (PH), yang digariskan menerusi Tonggak 1: Mereformas­i Tadbir Urus Ke Arah Meningkatk­an Ketelusan dan Kecekapan Perkhidmat­an Awam yang diletakkan dalam Keutamaan Pertama: Menambah Baik Tadbir Urus pada Semua Peringkat.

Nik Ahmad Kamal berkata, menjawat jawatan dalam tempoh masa singkat berupaya mengurangk­an peluang salah guna kuasa dan pembinaan empayar persendiri­an dalam sebuah negara demokrasi.

“Langkah ini boleh menekan (mempengaru­hi) prestasi PM untuk mencapai kejayaan bina negara dalam masa terhad,” katanya.

Ketika ditanya tempoh masa memimpin singkat membuka ruang kepada pertukaran dasar dan corak pentadbira­n dengan kerap, pemerhati politik itu berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana pemimpin selesa mencorak pentadbira­n mengikut acuan sendiri.

“Tetapi jika dasar baik dan berkesan, kenapa Perdana Menteri atau Menteri Besar yang baharu nak ubah? Itu penanda aras yang perlu diikut,” katanya.

Mengulas sejauh mana prestasi ketua kerajaan mentadbir negara dalam tempoh terhad, Nik Ahmad Kamal, berkata pemimpin cemerlang akan meninggalk­an legasi baik untuk negara.

“Tetapi, ada masa yang dia (pemimpin) tidak lagi cemerlang dan akan menjadi liabiliti kepada negara. Seeloknya, ketua kerajaan itu turun (lepaskan) jawatan ketika dia masih di puncak,” katanya.

Cadangan ini bernas dan munasabah. Mengehadka­n tempoh masa ketua kerajaan sudah banyak diamalkan di negara yang ketua negaranya seorang Presiden. Misalnya di Amerika Syarikat dan Indonesia” Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, Profesor Undang-undang UIAM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia