Berita Harian

Kenyataan undang sangsi pelabur

Tindakan pemimpin kerajaan akan menyebabka­n Malaysia rugi: Bekas PM

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Kenyataan pemimpin kerajaan yang sering mendakwa hutang negara berjumlah RM1 trilion akan menyebabka­n Malaysia rugi kerana menimbulka­n kesangsian dalam kalangan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMKE-11) untuk 2016 sehingga 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat kelmarin, mengesahka­n hutang negara berjumlah RM688 bilion mengikut tarif antarabang­sa.

Beliau berkata, definisi hutang RM1 trilion yang sering disebut pemimpin kerajaan tidak mengikut tarif antarabang­sa kerana memasukkan dua unsur tambahan iaitu liabiliti luar jangka dan pembayaran pajakan.

RM688B hutang sebenar

“Dokumen kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam (kelmarin) mengesahka­n apa yang BN (Barisan Nasional) perkatakan selama ini, saya tidak pernah berganjak bahawa itulah (RM688 bilion) hutang negara sebenar.

“Kalau sebut RM1 trilion, ini akan mendatangk­an reaksi dalam kalangan pelabur dan pasaran global sangsi dengan keadaan ekonomi negara kita yang hanya akan merugikan Malaysia.

“Apa pun kita nak buat, walaupun nak main politik, jangan korbankan kepentinga­n negara,” katanya kepada media selepas makan tengah hari dan meninjau Medan Makan D’ Kuala Pahang dekat sini, semalam.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata kajian separuh penggal RMKE-11 yang dibentangk­an Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin membuktika­n hutang negara berada pada tahap 50.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini semakin menguncup berbanding 54 peratus tiga tahun lalu.

“Ini bererti satu lagi tuduhan mereka bahawa Kerajaan Barisan Nasional boros adalah tidak benar sebab kalau boros hutang kita meningkat tetapi hutang kita sebaliknya menguncup,” katanya.

Definisi hutang RM1 trilion yang sering disebut pemimpin kerajaan tidak mengikut tarif antarabang­sa ” Najib Razak, Bekas Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia