Berita Harian

Mahkamah putuskan Equanimity milik Malaysia, 1MDB

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi (Bahagian Admiralti) di sini, semalam memutuskan kapal layar mewah Equanimity adalah milik Kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumka­n peguam Sitpah Selvaratna­m yang mewakili Kerajaan Malaysia ketika ditemui media selepas Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Khadijah Idris, membenarka­n permohonan penghakima­n ingkar terhadap pemilik kapal berkenaan.

“Mahkamah memutuskan kapal berkenaan adalah milik kerajaan kerana wang 1MDB digunakan untuk membelinya.

“Pemilik berdaftar kapal berkenaan iaitu syarikat Equanimity (Cayman) Ltd dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low tidak hadir untuk mempertika­i dan menafikan tuntutan kerajaan, 1MDB dan dua subsidiari,” katanya.

Penghakima­n ingkar dikeluarka­n selepas salah satu pihak gagal mengambil sebarang tindakan, atau menjawab saman yang difailkan.

Benar jual kapal mewah

Pada 24 Ogos lalu, mahkamah membenarka­n permohonan Kerajaan Malaysia dan tiga lagi untuk menjual kapal mewah Equanimity yang didakwa milik Jho Low.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Khadijah Idris, membenarka­n permohonan bagi mendapatka­n perintah penilaian dan penjualan dikemukaka­n kerajaan, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan dua subsidiari­nya Global Investment Limited serta Energy Holdings Limited mengikut Perintah 29 Aturan 4 Kaedah Mahkamah 2012.

Menerusi permohonan difailkan pada 6 Ogos lalu, mereka menamakan pemilik kapal dan syarikat Equanimity (Cayman) Ltd beralamat di United Kingdom sebagai defendan pertama dan kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia