Berita Harian

Keupayaan kerajaan negeri urus projek lereng bukit dipersoal

-

Georgetown: Keupayaan kerajaan negeri menguruska­n projek di kawasan lereng bukit dipersoal, selepas pentadbira­nnya dilihat tidak mampu untuk memantau perkembang­an pembanguna­n sedemikian hingga mengakibat­kan banyak kematian.

Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman, berkata ia berikutan dua kejadian tanah runtuh berasingan di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, semalam, dan rumah mampu milik di Tanjung Bungah, tahun lalu.

Cetus kegusaran

Selain itu, beliau turut mempersoal keputusan kerajaan negeri meluluskan projek pembinaan lebuh raya berkenaan di kawasan lereng bukit yang mempunyai kecerunan hampir 90 darjah.

“Situasi ini mewujudkan kegusaran sama ada kerajaan negeri mempunyai kepakaran teknikal mencukupi untuk menjalanka­n pembinaan pelbagai projek mega dirangka dalam Pelan Induk Pengangkut­an (PIP) Pulau Pinang.

“Dua kejadian ini membuktika­n bahawa pihak berkuasa yang dilantik untuk memantau projek di lereng bukit di negeri ini tidak boleh dipercayai, selain kita sudah muak untuk menyalahka­n pelbagai pihak.

“Kerajaan negeri perlu hentikan sebarang projek infrastruk­tur di lereng bukit serta-merta, takkan nak tunggu lebih banyak nyawa terkorban? Malah kerajaan negeri tidak mengikut garis panduan ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian tanah runtuh di tapak Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, yang mengorbank­an 2 buruh, manakala 10 lagi dikhuatiri masih tertimbus, pada sidang media di sini, semalam.

Desak tubuh suruhanjay­a

Yang turut hadir, Ahli Jawatankua­sa Penang Forum, Dr Lim Mah Hui dan Dr Kam Suan Peng.

Pada 21 Oktober tahun lalu, seramai 11 pekerja binaan, termasuk seorang penyelia projek warga tempatan maut selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, kira-kira jam 9 pagi.

Meenakshi yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) menggesa kerajaan negeri menubuhkan suruhanjay­a siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit.

“Siasatan menyeluruh berhubung kes ini perlu dilakukan, selain kerajaan negeri mesti berhenti menjelaska­n kejadian ini berpunca daripada kemalangan tapak kerja,” katanya.

 ?? [FOTO MIKAIL ONG /BH] ?? Kon Yeow melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Paya Terubong, semalam.
[FOTO MIKAIL ONG /BH] Kon Yeow melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Paya Terubong, semalam.
 ??  ?? Antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh, semalam.
Antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia