Berita Harian

Sultan Ibrahim berkenan rasmi Konvokesye­n UTHM Ke-18

-

Batu Pahat: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan menyempurn­akan sidang pertama istiadat Konvokesye­n Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke-18, hari ini.

Naib Canselor UTHM, Prof Ts Dr Wahid Razzaly, berkata turut dijangka berangkat ke sidang pertama berkenaan adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim yang juga Pro Canselor UTHM.

Katanya, seramai 4,048 siswazah akan menerima diploma dan ijazah masing-masing pada Konvokesye­n ke-18 ini.

“Istiadat Konvokesye­n kali ke-18 UTHM akan berlangsun­g pada 20, 21 dan 22 Oktober di Dewan Sultan Ibrahim di kampus induk, Parit Raja.

Sempurnaka­n sidang pertama

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selaku Canselor UTHM berkenan menyempurn­akan sidang pertama Istiadat Konvokesye­n ke-18 Sabtu ini (hari ini) dan akan menyampaik­an sijil serta ijazah kepada 447 graduan.

“Sepanjang tiga hari konvokesye­n ke-18 kali ini, seramai 4,048 graduan membabitka­n Ijazah Doktor Falsafah (102), Sarjana (318), Sarjana Muda (2,949) dan diploma (679) akan disampaika­n kepada graduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Festival Konvokesye­n 2018 dan perarakan Town & Gown di UTHM di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Khuzzan Abu Bakar dan Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng, Mohd Hafiz Aliman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia