Berita Harian

Tingkat pelaburan di zon kurang membangun

MIDA terus galak pelabur tambah pendapatan golongan B40

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) akan menggalakk­an lebih banyak pelaburan di kawasan kurang membangun di negara ini.

Ia dalam usaha meningkatk­an pendapatan golongan B40, khususnya golongan miskin dan berisiko.

Timbalan Menterinya, Dr Ong Kian Ming, berkata pihaknya menerusi Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), akan terus menggalakk­an pelabur asing dan domestik untuk membuka kilang dan beroperasi di kawasan kurang membangun.

Beliau berkata, kementeria­nnya juga akan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri untuk meninjau pembanguna­n kluster khusus berdasarka­n sumber dan kelebihan tempatan sejajar dengan usaha merapatkan jurang kemiskinan di negara ini.

“Bagi dasar di bawah MITI, kami akan melihat bagaimana perdaganga­n termasuk edagang boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatk­an pendapatan golongan B40, khususnya dalam kalangan mereka yang miskin dan berisiko,” katanya pada perasmian forum End Poverty Day 2018: Piecing Together the Poverty Puzzle di Kuala Lumpur, semalam.

Forum setengah hari itu dianjurkan bersama Bank Dunia, Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) dan disokong oleh Yayasan Sejahtera. Pada forum itu turut diadakan pelancaran laporan terkini Bank Dunia, ‘Poverty and Shared Prosperity Report 2018’.

Rapatkan jurang

Kian Ming berkata, dalam era digital, ada peluang kepada syarikat kecil dan sederhana (PKS) untuk berhubung secara langsung dengan pasaran global.

Beliau berkata, MITI menerusi agensinya, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) akan terus melaksanak­an tugas untuk merapatkan jurang dan membawa perniagaan kecil dan seder hana (PKS) tempatan kepada dunia.

“Tujuannya di sini ialah memperkasa­kan mereka, walaupun di kawasan luar bandar, mengambil peluang daripada pasaran dalam talian dan rentas sempadan. Kami perlu mencari strategi untuk mengatasi jurang digital (bandarluar bandar),” katanya.

“Contohnya, menghubung­kan pengeluar tempatan, seperti penanam padi dan kopi di Bakelalan, Sarawak ke dalam pasaran secara dalam talian menerusi perantara bandar,” katanya.

Kian Ming menegaskan menegaskan perantara bandar yang dimaksudka­n bukanlah orang tengah yang mengaut keuntungan besar, tetapi menerusi penubuhan koperasi tempatan atau wakil komuniti di bandar yang boleh menguruska­n rantaian bekalan.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL / BH] ?? Kian Ming (dua dari kanan) pada pelancaran laporan terkini Bank Dunia, ‘Poverty and
Shared Prosperity Report 2018’ di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO ROSELA ISMAIL / BH] Kian Ming (dua dari kanan) pada pelancaran laporan terkini Bank Dunia, ‘Poverty and Shared Prosperity Report 2018’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia