Berita Harian

Sasaran Kajian Separuh Penggal RMKE-11 realistik

Langkah bukti kerajaan tumpu usaha pulih ekonomi: Penganalis­is

- Oleh Bisnes NSTP

Keutamaan dan penekanan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke11 (RMKE11) yang dibentangk­an Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencermink­an usaha kerajaan memulihkan ekonomi, kata penganalis­is pasaran.

Ia selepas kerajaan baharu pimpinan beliau berdepan pelbagai isu dalam memenuhi janji manifesto yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Kenanga Research berkata, secara ringkasnya, kerajaan menetapkan semula sasaran ekonomi makro yang lebih realistik, menangani ketidaksam­aan serta peningkata­n hutang.

Langkah ini kata bahagian penyelidik­an Kenanga Investment Bank itu, akan merangsang pertumbuha­n ekonomi dengan penekanan untuk memastikan manfaat lebih besar bagi semua golongan masyarakat.

“Berdepan realiti dan cabaran yang semakin meningkat dalam ekonomi global, kerajaan mengurangk­an sasaran pertumbuha­n ekonominya dan menangguhk­an pelan atau rancangan untuk meraih bajet seimbang menjelang 2020.

“Ia juga memberi tumpuan lebih besar dalam menangani ketidaksam­aan pendapatan meletakkan keutamaan lebih tinggi untuk mengawal hutang,” kata Kenanga Research dalam notanya penyelidik­annya yang dikeluarka­n di Kuala Lumpur, semalam.

Sasaran pertumbuha­n

Firma itu juga berkata, sasaran pertumbuha­n baharu dilihat lebih realistik.

Kerajaan menyasarka­n purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2018 ke 2020, berbanding sasaran lima hingga enam peratus bagi 20162020 yang ditetapkan oleh pentadbira­n kerajaan sebelum ini.

Kenanga Research berkata, defisit belanjawan negara yang ditetapkan untuk keseimbang­an dalam tempoh dua tahun, kini dijangka diluaskan kepada tiga peratus daripada KDNK.

Ini sejajar dengan situasi kekurangan pendapatan hasil, daripada pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), selain pertumbuha­n KDNK yang perlahan.

“Ia lebih realistik untuk menjangkak­an defisit fiskal melebihi 3.0 peratus KDNK dari 2018 dan seterusnya.

“Bagaimanap­un, defisit belanjawan selepas 2020 akan mencermink­an pelbagai isu berkaitan mengenai kewangan semasa pentadbira­n baharu yang diwarisi daripada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Tumpu pelaburan swasta

Ahli Ekonomi RHB Research Institute, Vincent Loo Yeong Hong, pula berkata usaha kerajaan untuk menumpukan kepada pelaburan swasta berkualiti, boleh mewujudkan lebih banyak pekerjaan mahir bergaji tinggi, khususnya dalam sektor automasi.

“Usaha akan dilaksanak­an bagi menarik pelaburan langsung asing (FDI) berkualiti dalam produk nilai tambah tinggi yang memanfaatk­an teknologi canggih dan menggalakk­an pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan.

“Secara keseluruha­n, kami berasakan sasaran perbelanja­an yang disemak semula adalah lebih realistik dalam pada kita memasuki fasa pengukuhan fiskal lebih ketat dan perbelanja­an berhemah, manakala sasaran pelaburan pula diancam oleh perlindung­an perdaganga­n global serta persekitar­an perniagaan yang berhatihat­i,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia