Berita Harian

Kerajaan perlu kaji mekanisme pelaksanaa­n cukai karbon

Kajian menyeluruh elak rakyat terbeban: MGTC

- Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@nstp.com.my

Kerajaan diminta untuk mengkaji mekanisme pelaksanaa­n cukai karbon sekiranya ingin melaksanak­annya supaya ia tidak membebanka­n rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), Dr Mohd Azman Zainul Abidin, berkata cukai baharu diyakini akan memberi manfaat kepada negara khususnya dari segi alam sekitar dan ia wajar dilaksanak­an secepat mungkin.

Bagaimanap­un, katanya, mekanisme pelaksanaa­nnya perlu dikaji secara menyeluruh antara kerajaan dan pihak industri, supaya ia tidak akan menjejaska­n rakyat.

“Kadar cukai karbon mungkin berbeza bergantung kepada sektor dan industri.

“Kerajaan mungkin boleh menentukan­nya (kadar cukai) berdasarka­n jumlah pelepasan karbon akibat projek pembanguna­n yang dijalankan.

“Sekiranya projek itu menyebabka­n pelepasan karbon yang tinggi, mungkin kerajaan boleh mengenakan cukai karbon lebih tinggi kepada syarikat terbabit atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) antara MGTC bersama Deutsche Gesellscha­ft fur Internatio­nake Zusammerna­beit (GIZ) dan Iskandar Halal Park, di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Status negara neutral karbon

Mohd Azman berkata, kerajaan mungkin boleh melaksanak­an cukai karbon kepada pihak industri pada kadar satu peratus.

“Cukai baharu ini sememangny­a wajar dilaksanak­an bagi mencapai status negara neutral karbon. Inisiatif itu sudah dilaksanak­an negara maju.

“Bagaimanap­un, mekanisme pelaksanaa­nnya perlu dikaji dan ini dijangka memakan masa yang lama,” katanya.

Kadar cukai karbon mungkin berbeza bergantung kepada sektor dan industri” Mohd Azman Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC

 ??  ??
 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] ?? Mohd Azman, bertukar dokumen perjanjian sambil diperhati Bee Yin (tengah) selepas majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara MGTC bersama Deutsche Gesellscha­ft fur Internatio­nake Zusammerna­beit (GIZ) dan Iskandar Halal Park, di Kuala Lumpur.
[ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] Mohd Azman, bertukar dokumen perjanjian sambil diperhati Bee Yin (tengah) selepas majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara MGTC bersama Deutsche Gesellscha­ft fur Internatio­nake Zusammerna­beit (GIZ) dan Iskandar Halal Park, di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia