Berita Harian

Mohd Nasir Pengerusi Kumpulan CIMB baharu

-

CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) melantik Datuk Mohd Nasir Ahmad sebagai Pengerusi Kumpulanny­a yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mohd Nasir itu mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia bagi menggantik­an Datuk Seri Nazir Razak yang melepaskan jawatannya semalam.

Pada 24 September lalu, Nazir Razak mengumumka­n niatnya untuk bersara dari kedudukann­ya sebagai Pengerusi Kumpulan dan semua jawatan lain dalam CIMB.

Mohd Nasir sudah menjadi ahli lembaga pengarah kumpulan sejak 2015 dan Pengarah Bebas Kanan CIMB sejak April 2016.

Beliau mempunyai pengetahua­n dengan perniagaan dalaman dan luaran kumpulan selain akan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Bebas Kanan dan Pengerusi Jawatankua­sa Audit.

Namun beliau kekal ahli Jawatankua­sa Audit Kumpulan, Jawatankua­sa Risiko dan Jawatankua­sa Pencalonan dan Ganjaran Kumpulan.

Mohd Nasir adalah Akauntan Bertauliah dan Felo Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA) United Kingdom.

Beliau mempunyai 39 tahun pengalaman korporat melalui syarikat seperti Tenaga Nasional Bhd, termasuk pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. Beliau juga adalah Pengerusi Kumpulan Media Prima Bhd, serta Pengarah Bebas CIMB Bank Bhd, SIRIM Bhd dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd.

Alukan kedatangan (gambar)

Mengulas mengenai pelantikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata pihaknya mengalukan kedatangan Mohd Nasir.

“Kami teruja berada di bawah pimpinanny­a dalam melaksanak­an pelan pertumbuha­n jangka pertengaha­n akan datang pada 2019 yang akan memberi tumpuan kepada rakyat, pelanggan, digital dan kemampanan.

“Saya juga merakamkan penghargaa­n kepada Nazir Razak atas kecemerlan­gannya sepanjang 29 tahun berada dalam kumpulan, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan selama 15 tahun dan sebagai Pengerusi Kumpulan sejak 2014.

“Di bawah kepimpinan­nya, CIMB berkembang daripada francais korporat kewangan yang baru muncul kepada sebuah bank pelaburan terkemuka di Malaysia, dan kemudian berubah menjadi peneraju bank sejagat di ASEAN.

“Kumpulan juga disenaraik­an pada 2003 dengan aset dan pasaran sebanyak RM9.6 bilion, permodalan RM1.5 bilion. Pada 30 Jun 2018, aset Kumpulan berjumlah RM515 bilion dengan permodalan pasaran semasa RM56.4 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia