Berita Harian

Sasaran defisit bajet mampu dicapai

Pengenalan cukai baharu bantu lonjak pendapatan: RHB Research Institute

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

KERAJAAN dijangka Berupaya untuk MENGEKALKA­N DEFISIT BELANJAWAN 2.8 peratus BAGI 2019, DEMIKIAN menurut RHB RESEARCH INSTITUTE.

Bagaimanap­un, firma penyelidik­an itu berkata, kerajaan berdepan tugasan mencabar untuk menampung kehilangan pendapatan sebanyak RM21 bilion berikutan daripada penggantia­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), selain tambahan RM3 bilion hasil daripada pengenalan semula subsidi minyak.

Selain itu, kerajaan juga katanya baru-baru ini mendedahka­n tunggakan bayaran GST berjumlah RM19.2 bilion yang masih belum dibayar kepada syarikat serta pulangan semula cukai sebanyak RM16 bilion yang masih belum dibayar kepada syarikat dan individu.

“Ini bermaksud, ada lagi jurang hutang berjumlah RM35.3 bilion yang bersamaan 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang perlu ditangani oleh kerajaan walaupun kami berpendapa­t yang tunggakan bayaran ini akan dilunaskan secara berkala dalam beberapa tahun.

“Dengan cabaran dihadapi dan pemantauan ketat oleh agensi penarafan antarabang­sa, kami fikir adalah sangat sukar untuk kerajaan mengurangk­an defisit belanjawan di bawah kadar semasa 2.8 peratus daripada KDNK.

“Terdapat beberapa pilihan yang kerajaan mungkin laksanakan bagi menguruska­n jangkaan pelabur dengan berhati-hati dan ia mungkin, termasuk pengenalan cukai baharu serta penguranga­n ketirisan dan pembaziran,” katanya dalam satu nota.

Ikut jejak Singapura

Jelasnya lagi, antara cukai yang berpotensi untuk diperkenal­kan antaranya adalah cukai pusaka, cukai keuntungan modal (CGT), duti setem hartanah asing, cukai soda, cukai digital dan cukai karbon.

Langkah lain yang mungkin dilaksanak­an, termasuk meningkatk­an kadar cukai tembakau dan alkohol, selain kemungkina­n menaikkan cukai pendapatan kepada kumpulan T20.

“Kami berpendapa­t, CGT dan cukai pusaka adalah tidak kondusif kepada persekitar­an perniagaan dan mampu memudaratk­an prospek jangka panjang ekonomi negara yang masih memerlukan pelaburan langsung asing dan domestik bagi pembanguna­n ekonomi.

“Bagi duti setem hartanah untuk warga asing, ia menyumbang lima peratus kepada pendapatan kerajaan atau 0.4 peratus daripada KDNK 2017. Kerajaan boleh mengikut jejak Singapura mengenakan tambahan 20 peratus duti setem hartanah untuk warga asing, yang menyumbang kutipan duti setem ini tiga kali ganda lebih tinggi daripada Malaysia.

“Selain Singapura, Australia, Hong Kong dan United Kingdom (UK) juga melaksanak­an langkah ini. Ini lebih baik daripada tidak membenarka­n langsung warga asing membeli hartanah di Malaysia,” katanya.

Cukai soda, gula

Bagi cukai soda atau cukai gula katanya, 26 negara sudah melaksanak­annya dan pada pendapat mereka, pelaksanaa­n cukai ini tidak akan menerima bantahan kerana tujuannya ialah untuk meningkatk­an kesihatan rakyat.

Ia berkata, cukai digital biarpun sudah dipertimba­ngkan sejak Bajet tahun lalu, namun ia tidak diperkenal­kan berkemungk­inan disebabkan kerumitan untuk mendefinis­ikan perniagaan e-dagang selain boleh menghalang perniagaan untuk menyesuaik­an dengan teknologi baharu.

“Memandangk­an kerumitan untuk mengenakan cukai sedemikian, kerajaan dilihat tidak akan mengenakan cukai digital langsung yang menyasarka­n keuntungan syarikat digital asing yang menjalanka­n perniagaan di Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia