Berita Harian

Rumah mampu milik RM70,000-RM80,000 di bandar tak mustahil

EMKAY syor pemaju guna konsep subsidi silang bangunkan projek

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@nstp.com.my

Rumah mampu milik berharga dalam lingkungan RM70,000 hingga RM80,000 di kawasan bandar mampu dibina menerusi konsep subsidi silang, demikian menurut Tokoh Hartanah Bumiputera, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

Beliau yang juga Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY menegaskan, walaupun kedengaran tidak masuk akal, cadangan itu boleh dipertimba­ngkan oleh Pusat, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju lain kerana ia mampu dilaksanak­an.

Menjelaska­n lebih lanjut mengenai konsep berkenaan, Mustapha berkata, pemaju boleh membangunk­an sebuah projek yang merangkumi pembinaan beberapa jenis rumah dan juga lot kedai.

“Katakan dalam satu projek pembanguna­n bercampur, 10 peratus daripada pembinaan rumah dikhaskan untuk rumah mampu milik berharga sekurangku­rangnya RM70,000 dengan keluasan 600 kaki persegi (atau lebih luas), dilengkapi dengan tiga bilik dan dua bilik air.

“Manakala 40 peratus lagi masing-masing dikhaskan untuk pembinaan rumah dalam lingkungan RM300,000 dan pembinaan rumah yang tidak dikawal harganya (lebih mahal), manakala baki 10 peratus lagi dikhaskan untuk pembinaan lot kedai.

“Margin yang diperoleh daripada ketiga-tiga komponen ini boleh digunakan untuk membiayai rumah yang berharga RM70,000 itu. Ini adalah yang disebut sebagai berfikir di luar kotak,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Menara Mustapha Kamal sempena sambutan ulang tahun ke-35 tahun Kumpulan EMKAY, di Petaling Jaya, semalam.

Lokasi penting

Tambahnya lagi, walaupun rumah mampu milik idamannya itu dijual pada harga ‘rugi’, lokasi pembinaan masih menjadi aspek yang penting.

“Jika projek ini dapat direalisas­ikan di bandar, kos untuk membina infrastruk­tur akan menjadi semakin kurang kerana sudah ada rangkaian jalan raya dan bekalan elektrik sedia ada.

“Kos penjimatan ini dapat diserap untuk pembinaan rumah mampu milik. Selalunya, kos penjimatan ini akan kembali semula kepada pemaju sebagai untung tetapi saya hendak memulangka­nnya semula kepada pembeli,” katanya.

Beliau berpegang kepada pepatah ‘hendak seribu daya’ tak hendak seribu dalih’ dan menyifatka­n cadanganny­a itu sebagai sesuatu yang mungkin boleh dipertimba­ngkan oleh kerajaan.

“Cadangan ini perlu mendapat kerjasama baik daripada empat pihak utama yang terbabit iaitu Kerajaan Persekutua­n, kerajaan negeri, PBT dan pemaju.

“Ini kerana, jika ia berjaya direalisas­ikan, majoriti rakyat di negara ini boleh memiliki rumah. Saya meletakkan harga dalam lingkungan RM70,000 kerana inilah tahap kemampuan bagi mereka yang bergaji antara RM1,800 hingga RM2,000.

“Cadangan ini juga tidak hanya terhad kepada pihak kami sahaja, tetapi ia juga terbuka kepada mana-mana pemaju.

“Ini hanyalah idea, jika ada pihak yang mahu melaksanak­annya, beri mereka peluang. Tetapi rumah mampu milik itu mesti dijual pada harga RM70,000, bukan RM300,000,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Jika projek ini dapat direalisas­ikan di bandar, kos untuk membina infrastruk­tur akan menjadi semakin kurang kerana sudah ada rangkaian jalan raya dan bekalan elektrik sedia ada” Mustapha Kamal Abu Bakar, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY
[ FOTO HIASAN ] Jika projek ini dapat direalisas­ikan di bandar, kos untuk membina infrastruk­tur akan menjadi semakin kurang kerana sudah ada rangkaian jalan raya dan bekalan elektrik sedia ada” Mustapha Kamal Abu Bakar, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia