Berita Harian

Zara lawan gugup

Bukti kemampuan sebagai pengacara pada malam kemuncak ABPBH 31

- Oleh Zaidi Mohamad

Andai ditanya pada wanita ini, dia tentu sahaja menjawab bidang lakonan lebih sebati dengan dirinya. Lebih-lebih lagi, dia mengakui berdepan masalah gugup, justeru pengacaraa­n bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanak­annya.

Pada masa sama, Zara Zya mengaku bukan seorang yang banyak celoteh kalau berbicara. Jadi, pengacaraa­n tidaklah dianggap sebagai bidang sebenar dirinya.

Namun, ia tidak bererti pelakon berbakat yang dilahirkan dengan nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini enggan mencabar diri menggalas tugas sebagai pengacara.

Buktinya, buat julung kali dia memikul mandat besar sebagai pengacara di pentas Anugerah

Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 pada 7 Oktober lalu. Pada majlis berkenaan, dia berganding­an dengan Janna Nick dan Ajak Shiro.

Pemilihan dipersoal

Melihat persembaha­nnya menggalas tugas sebesar itu pada majlis kemuncak anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan terbabit, ia sesuatu yang boleh dipuji. Tanpa banyak pengalaman mengendali­kan program besar, Zara boleh berbangga dengan kemampuann­ya seperti dipertonto­nkan malam itu.

Begitupun, penerima trofi

Artis Baharu Wanita Popular,

ABPBH 2013 ini sedar, dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan sudah tentu ada yang meragui kredibilit­inya sebagai hos di pentas gah berkenaan.

“Ketika nama saya mula-mula diumumkan sebagai hos ABPBH 31 pun sudah mula kedengaran kata-kata berbaur kecaman yang dilemparka­n. Bahkan, ada sesetengah­nya mempersoal­kan pemilihan saya, dengan bertanyaka­n apakah tiada lagi orang lain yang lebih berbakat untuk mengisi posisi berkenaan?

“Ada juga segelintir pihak yang bertanya dengan nada sinis, betulkah Zara Zya jadi hos ABPBH

31? Macam-macam lagilah.

“Saya yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pengacaraa­n, secara peribadiny­a sudah mencuba sebaik mungkin bagi membuktika­n kemampuan diri. Saya juga tidak berasakan diri ini begitu teruk, seperti kecaman yang dilemparka­n. Jika ada sedikit salah dan silap ketika mengacara tempoh hari, ia perkara biasa,” katanya bersemanga­t.

Hidup dalam kecaman

Tanya Zara kembali, sekarang, ke mana menghilang suara berbaur negatif dan kecaman yang kedengaran sebelum ini?

“Saya sedar, diri ini masih terlalu hijau dalam pengacaraa­n. Namun yang penting, saya letak keyakinan diri mengatasi segala-galanya, sekali gus melakukan yang terbaik apabila diperlukan.

“Cuma harapan saya, netizen di negara ini sepatutnya melihat dulu sesuatu perkara, barulah nilai kredibilit­i seseorang. Tetapi biasalah, ramai kalangan netizen yang memang suka menghentam dan menghukum begitu sahaja.

“Biarpun saya juga seorang artis, saya sebenarnya jadi kasihan dengan selebriti negara kita. Ibaratnya, golongan artis sentiasa hidup dalam kecaman. Sampai bila agaknya perkara sedemikian akan berlarutan?” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia