Berita Harian

Hargai sokongan Janna, Ajak

-

dan pengalaman mengemudi acara besar kebanggaan akhbar kompak

yang pernah memahat memori indah buatnya, akan terus disimpan rapi dalam hidup pelakon berusia 32 tahun ini.

“Mengacarak­an program yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan pelbagai platform digital di bawah Media Prima serta NSTP bukan tugas mudah. Begitupun, saya perlu berterima kasih kepada penaja utama ABPBH, Alha Alfa dan Datuk Alha

Alfa sendiri atas peluang yang dibentangk­an. Saya juga amat terhutang budi pada

TV3, BH dan ABPBH 31 atas kepercayaa­n diberikan.

“Saya turut tidak melupakan jasa teman gandingan, Janna dan Ajak yang banyak menyalurka­n bantuan. Rasanya tanpa mereka, saya pasti dalam ketakutan dan gementar di pentas.

“Bersama mereka, saya berasakan seperti ada magis sendiri apabila aura keberanian dan keyakinan tiba-tiba menjelma, dek sokongan masing-masing. Rasa gugup macam tiada langsung. Apabila mendapat rakan kerja yang baik, tanggungja­wab di atas pentas mampu dilunaskan dengan selamba,” katanya.

Ujar Zara, sudah tentu rasa gementar bersarang juga dalam dirinya, namun ia mampu dikawal.

Tak sangka dapat pujian

Usai acara berkenaan, Zara akui turut menerima pujian, sokongan dan kata-kata semangat daripada mereka yang menyifatka­n dirinya mempunyai potensi untuk menjadi pengacara.

Paling utama, bakat terpendam dalam diri harus digilap.

“Ada teman wartawan yang memaklumka­n, Che Ta (Rozita Che Wan) turut memuji gaya lawak saya yang dikatakan semula jadi. Saya memang tidak sangka dia juga memberikan pujian. Sehingga kini, ramai juga kalangan teman dan peminat yang memberikan komen positif.

“Jadi, dari satu sudut saya rasa sudah berjaya. Begitupun, saya tidak berasakan bakal mengacarak­an mana-mana majlis atau program secara konsisten. Jika boleh, saya hendak meletakkan ke tepi dulu soal pengacaraa­n kerana ia juga bukan keutamaan saya. Cuma, jika kena dengan gaya dan waktunya, saya boleh pertimbang­kan,” katanya.

Pengalaman bersama Nona

Kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama rantaian,

berganding­an dengan Azlee Khairi itu, dia mula berjinak-jinak dengan dunia pengacaraa­n beberapa tahun lalu selepas diundang menjadi hos jemputan rancangan “Jujurnya, mengacarak­an

memang agak sukar kerana ia lebih bersifat formal dan memerlukan fakta. Mujurlah ketika itu hosnya, Fara Fauzana, banyak membantu. Kalau bukan kerananya, memang saya takkan bersetuju dengan pelawaan berkenaan. Kami pula memang kawan rapat, jadi ia menyenangk­an kerja. Selain itu, saya kurang gementar kerana ia program berbentuk rakaman.

“Pada 2016 pula saya pernah menjadi pengacara belakang pentas program

Biarpun bukanlah hos utama, saban minggu saya tetap rasa gementar. Saya sendiri rasa masih kurang bagus ketika itu. Mungkin juga kerana saya seorang diri, jadi ia membuatkan saya berasa kurang keyakinan.

“Pada ABPBH 31, barubaru ini, saya disokong oleh Janna dan Ajak, justeru rasa gugup tidaklah ketara, selain pengalaman lalu yang banyak membantu,” katanya.

Cuba pelbagai bidang

Sekalipun pernah mengacara dan muncul dengan

Zara menekankan dunia lakonan masih kekal menjadi keutamaan dirinya.

Sekalipun memenatkan, katanya, bidang lakonan sudah sebati dengan dirinya.

“Nyanyian dan pengacaraa­n menjadi medan buat saya mencabar diri bagi mengatasi masalah gugup. Pengacaraa­n juga mungkin lebih kepada hobi, selain boleh menambah rezeki dalam dunia hiburan.

“Satu perkara mengenai diri ini, saya suka mencuba pelbagai perkara. Saya tidak mahu selesa dengan apa yang ada,” katanya.

Wanita kaya angkuh

Menyentuh bidang lakonan, Zara memaklumka­n dirinya kini menjalani penggambar­an telefilem arahan Murali Abdullah,

untuk siaran TV3. “Dalam karya terbitan Zeel Production ini, saya tidaklah memegang watak wanita naif atau kampung. Sebaliknya, saya diberikan peranan wanita kaya yang angkuh. Namun dia tiba-tiba berubah kerana sesuatu berlaku kepada dirinya,” cerita Zara.

Sementara itu, diajukan pertanyaan mengenai kesudahan hubunganny­a dengan pelakon, Hafreez Adam,

Zara tetap dengan pendirian enggan bercakap lebih-lebih berhubung hal berkenaan.

“Jika ada jodoh antara kami, ia takkan ke mana.

Apa yang boleh saya katakan, kami cukup selesa berkawan.

“Kami juga ada berjumpa dengan keluarga masingmasi­ng. Biasalah kawan rapat. Saya harap orang di luar sana dan peminat boleh mendoakan yang baik-baik untuk kami,” katanya.

 ??  ?? BH, Arrogant, Nona Emas Otai. Love Your Mr Nona. Nota Kilauan single, Tiada Dendam, Mati, Aku Belum Mahu
BH, Arrogant, Nona Emas Otai. Love Your Mr Nona. Nota Kilauan single, Tiada Dendam, Mati, Aku Belum Mahu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia