Berita Harian

Ally Noor belum bersara

Penyanyi Apo Kono Eh Jang masih aktif terima tawaran persembaha­n pada usia 70 tahun

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Lcnews@nstp.com.my

agu yang dinyanyika­n dalam loghat Negeri Sembilan pernah menjadi fenomena pada dekad 1980-an dahulu.

Sehingga kini lagu yang sudah dianggap klasik itu tetap menjadi pujaan, malah beberapa penyanyi lain turut merakamkan semula lagu terbabit dalam pelbagai versi termasuk rock.

Penyanyi asal lagu itu, Ally Noor atau nama sebenarnya, Ali Noor Baharudin, 70, kini tinggal di Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Pahang, manakala pasangan duetnya, Mastura Ismail,

61, menetap di Cheras.

Berkesempa­tan bertemu Ally Noor yang masih sihat membawanya mengimbau kenangan ketika awal kemunculan­nya sebagai artis.

Ally Noor berkata, dia juga perlu menjalani sesi uji bakat yang diadakan syarikat rakaman, Guntur Record yang sedang mencari penyanyi untuk membawakan lagu loghat Negeri Sembilan.

“Biarpun syarikat rakaman itu dimiliki saudara-mara, saya dan Mastura yang juga sepupu perlu juga menjalani uji bakat sebelum merakamkan lagu.

“Saya dan Mastura berjaya dalam uji bakat itu dan diberi peluang merakamkan lagu Apo Kono Eh Jang pada 1983,” katanya ketika ditemui di Gerai Taman Tasik, Mentakab.

Ambil masa sebelum diterima

Katanya, masalah timbul apabila syarikat pengedaran ketika itu takut untuk mengedarka­n album berkenaan kerana khuatir lagu berbentuk dialek negeri tidak boleh diterima peminat.

Ally Noor berkata, kebimbanga­n pengedar menjadi kenyataan apabila minggu pertama album yang dijual dalam bentuk kaset itu tidak mendapat sambutan.

“Namun, keajaiban berlaku apabila saya dan Mastura diberi peluang oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk muncul dalam satu rancangan hiburan dan perlu menyanyika­n

“Selepas kemunculan itu, jualan album meningkat berkali ganda dan nama kami meletup di persada hiburan,” katanya mengimbau kembali detik manis itu.

Drama dapat sambutan

Katanya bukan sahaja lagu malah, sebuah produksi yang menerbitka­n beberapa siri drama Apo Kono Eh Jang menggunaka­n dialek Negeri Sembilan turut mendapat sambutan hangat penonton.

Beberapa bulan selepas itu, turut menjadi pilihan Wan Razak dan Mek Habsah untuk dinyanyika­n dalam dialek negeri Kelantan. Ia turut mendapat sambutan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika muncul sebagai penyanyi, anak jati Temerloh ini adalah anggota tentera sejak menyertain­ya pada 1966. Ketika merakamkan album pertama, dia masih berkhidmat sebagai Staf Sarjan di Kem Rasah.

“Pegawai Memerintah ketika itu sangat baik hati, malah memberi kelonggara­n kepada saya untuk terbabit dalam kegiatan seni,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia