Berita Harian

Aktres tergila-gilakan VIP berstatus suami orang?

-

Walaupun usia masuk senja, aktres ini masih cantik dan bertubuh langsing seperti anak dara.

Pelik juga kenapa si aktres ini tidak mahu berkahwin, sedangkan bukan tiada lelaki yang memujanya. Kebanyakan yang menjalinka­n hubungan dengannya dulu kacak dan kaya.

Bagaimanap­un, hingga hari ini, tidak dengar pula si aktres mahu berkahwin. Kalau ditanya kepadanya, si aktres akan tarik muka dan cakap, dia tidak minat untuk berkahwin. Laaa... Boleh macam itu pula?

Bagaimanap­un, si aktres tidak pula berselindu­ng jika berkawan dengan seseorang, cuma hayat perhubunga­n tidak sampai ke jenjang pelamin. Selepas satu atau dua tahun, kisah cintanya akan berlalu pergi.

Tetapi, mengenali si aktres ini, kita tahu perangainy­a. Ramai lelaki belum tentu tahan dengan ‘kegilaanny­a’.

Terbaru, Raja dengar si aktres terbabit tergilagil­akan seorang VIP yang diketahui sudah beristeri dan beranakpin­ak.

Malangnya, hubungan mereka dapat dihidu oleh isteri VIP berkenaan. Apa lagi, mengamuk si isteri bagaikan nak terbalik dunia. Rasakan...

Dengarnya, mereka sudah merancang mahu berkahwin, tetapi nampaknya berkahwin dalam mimpi sajalah. Isteri VIP berkenaan tidak mungkin setuju mahu hidup bermadu.

Akhirnya, hubungan rahsia terlerai juga... Kasihan jugalah pada si aktres. Dulu, ramai lelaki bujang yang hebat mahu berkahwin dengannya, tetapi dipermainm­ainkan. Kini apabila usia masuk senja, apa lagi pilihan yang ada?

Apapun, jodoh itu rahsia

Allah. Semoga si aktres bertemu dengan jodoh yang sesuai dan serasi dengannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia