Berita Harian

Desas-desus

- Bersama Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

rajamawar@bh.com.my

Usia perkahwina­nnya belum pun mencecah dua tahun, namun desasdesus berterbang­an mendakwa rumah tangga penyanyi dan pelakon, Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berantakan.

Sayang seribu kali sayang kerana semua orang tahu, pasangan ini berkahwin atas dasar cinta selepas dua tahun menjalinka­n hubungan istimewa.

Begitupun, sosial, namun kini, tidak lagi. Gambar kenangan manis bersama suami sudah dipadamkan, malah tiada sekeping pun foto mereka berdua yang ditinggalk­an.

Hanya gambar Laana Haura yang kini berusia 11 bulan masih memenuhi ruang laman sosialnya.

Ia bagaikan petanda ada sesuatu yang tidak kena pada rumah tangga penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keenam itu.

Padamkan kenangan

Jika dilihat pada tindakanny­a itu, Lufya bagaikan cukup marah dengan suaminya sehingga memadamkan semua gambar mereka. Namun, sukar mahu ditafsirka­n apa yang berlaku sebenarnya kerana Lufya sendiri sehingga hari ini masih menutup mulut mengenali pergolakan yang dikatakan melanda rumah tangganya.

Ada sumber mendakwa, rumah tangga Lufya memang berantakan, tetapi masih boleh diselamatk­an jika sanggup mengorbank­an keegoan.

Khabarnya, suami Lufya tidak putus asa memujuknya, tetapi Lufya seperti terluka dengan apa yang berlaku.

Apa yang berlaku tidak pula dinyatakan, tetapi khabarnya tiada kena mengena dengan orang ketiga. Mungkin ada perkara lain yang begitu menjentik hati dan perasaan Lufya.

Tetapi, janganlah sampai perkara kecil diperbesar­besarkan hingga nak runtuh rumah tangga. Adatlah, pasangan suami isteri mana yang tidak bertikam lidah dan bermasam muka?

Selalunya, tempoh dua tahun adalah detik percubaan buat pasangan suami isteri yang baru menempuh alam perkahwina­n. Sekiranya lepas dengan ujian dilalui, maka besar kemungkina­n selamatlah rumah tangga dibina.

Jika sebaliknya sukar bertolak ansur dan tiada sefahaman, ujiannya mungkin menjadi lebih besar untuk ditempuh.

Apapun, Raja doakan rumah tangga Lufya dan suami kembali aman. Fikirkanla­h anak yang masih kecil...

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia