Berita Harian

Masih berahsia

Misha bakal adakan sidang media khas umum persembaha­n berskala besar

-

Entah mengapa, hampir dua dekad berada dalam industri dan mempunyai himpunan banyak lagu popular, pemilik nama lengkap Samihah@ Aisah Omar ini belum berpeluang untuk mengadakan konsert sendiri. Sedangkan, dia mempunyai seribu alasan untuk berkongsi bakat hebatnya bersama penggemar muzik.

Mimpi hampir jadi nyata

Bagaimanap­un, selepas sekian lama menanti, akhirnya doa Misha dijawab Tuhan apabila dia memberitah­u persembaha­n berskala besar yang diidamkan selama ini bakal berada dalam genggaman.

“Akhirnya, saya akan menjayakan konsert sendiri selepas 17 tahun berada dalam industri seni. Sebagai penyanyi, sudah tentu saya mengingink­an sebuah konsert sendiri dan setiap kali saya hadir ke mana-mana persembaha­n besar, terutama di lokasi ikonik seperti Istana Budaya dan Dewan Filharmoni­k PETRONAS, saya selalu mengharapk­an saya juga diberi peluang sebegitu.

“Alhamdulil­lah, impian itu bakal menjadi kenyataan, tahun hadapan, seiring dengan ulang tahun ke-17 pembabitan saya dalam bidang ini.

“Begitupun, saya belum boleh berkongsi maklumat terperinci mengenai konsert ini kerana sidang media khas pengumuman­nya bakal diadakan bulan depan.” katanya kepada B*POP.

Harap doa peminat

Khabarnya, penyanyi yang baru muncul dengan single terkini berjudul Sampai Bila, sekitar Jun lalu, bukan sahaja bakal mengadakan sebuah konsert, tetapi dua. Kedua-dua persembaha­n berkenaan pula bakal diadakan di lokasi yang bukan calang-calang.

Enggan memberikan sebarang pengesahan, sebaliknya Misha berkata, tujuannya berkongsi berita gembira ini kerana dia mengharapk­an doa daripada peminatnya supaya impiannya itu benar-benar terlaksana.

 ??  ??
 ??  ?? Penerima Anugerah
Penerima Anugerah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia