Berita Harian

Anak syarikat TNB tawar pakej solar PV kediaman

-

GSPARX Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TNB Renewables Sdn Bhd, merancang untuk menawarkan pembiayaan pakej penjanaan kendiri bagi panel solar fotovoltan (PV) kepada pengguna kediaman pada akhir tahun ini.

TNB Renewables Sdn Bhd adalah entiti milik Tenaga Nasional Bhd (TNB).

GSPARX, ditubuhkan untuk memenuhi permintaan tinggi terhadap pembiayaan penjanaan kendiri bagi pelaburan solar PV, sudah mula menawarkan pakej kepada pelanggan komersial dan industri.

Sasar tawar 1,500 megawatt

Dalam kenyataan semalam, TNB berkata, GSPARX adalah antara syarikat pelaburan pertama di Malaysia yang menawarkan penyelesai­an perbelanja­an modal sifar pendahulua­n bagi pemasangan panel solar PV.

Menerusi perkhidmat­an yang ditawarkan GSPARX, TNB berkata, pelanggann­ya akan memperoleh manfaat daripada penjimatan dan peluang lindung nilai manakala pemasang mendapat faedah daripada peluang perniagaan bagi pemasangan solar PV.

Ini, menurut TNB, akan merealisas­ikan sasaran kerajaan, iaitu tenaga boleh diperbahar­ui menyumbang 20 peratus kepada kapasiti penjanaan negara menjelang 2025.

GSPARX menyasarka­n untuk menawarkan 1,500 megawatt bagi penjanaan kendiri untuk pelaburan solar PV pada 2025.

Aliran perolehann­ya adalah disumbangk­an oleh jualan tenaga yang dijanakan oleh solar PV dan digunakan pelanggan pada harga yang dipersetuj­ui kedua-dua pihak berasaskan kesediaan pembeli dan penjual.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Pelanggann­ya akan memperoleh manfaat daripada penjimatan dan peluang lindung nilai manakala pemasang mendapat faedah daripada peluang perniagaan bagi pemasangan solar PV.
[ FOTO HIASAN ] Pelanggann­ya akan memperoleh manfaat daripada penjimatan dan peluang lindung nilai manakala pemasang mendapat faedah daripada peluang perniagaan bagi pemasangan solar PV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia