Berita Harian

Dua varian Mercedes A-class generasi keempat dilancar

Model baharu tampil pelbagai pembaharua­n

-

si arahan suara dengan menyebut frasa ‘Hey Mercedes’, sekali gus membolehka­n pengguna mengawal fungsi infotainme­nt seperti memasukkan input destinasi, membuat panggilan telefon, pilihan lagu, kawalan suhu dan pencahayaa­n dalaman (lampu ambien).

“Selain itu, kedua-dua varian baharu ini juga didatangka­n fungsi masuk tanpa kunci sebagai standard, pertama kali diperkenal­kan untuk model A-class,” katanya pada majlis pelancaran A200 dan A250, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Reka bentuk

Mengulas mengenai prestasi model baharu itu, Raine berkata, varian A200 dikuasakan enjin 1.3 liter empat silinder sebaris pengecas turbo yang mampu menghambur­kan kuasa 163 kuasa kuda (hp) dengan pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) pada catatan masa lapan saat.

“Varian A250 AMG Line pula menggunaka­n enjin 2.0 liter empat silinder pengecas turbo yang mampu menghasilk­an kuasa 224 hp dengan pecutan 0 hingga 100km/j pada 6.2 saat.

“Kedua-dua varian itu turut dipadankan transmisi automatik klac berkembar 7G-DCT serta dilengkapi pilihan mod pemanduan dinamik Eco, Comfort, Sport dan Individual,” katanya.

Dari segi reka bentuk, A-class baharu itu mengekalka­n elemen sporty pada penampilan luarannya dengan penampilan gril berbentuk trapeziod, lampu lebih runcing serta hud rata.

Dengan ukuran panjang 4,419 milimeter (mm), kelebaran 1,796mm dan ketinggian 1,440mm, A-class baharu itu adalah 127mm lebih panjang, 16mm lebih lebar dan tujuh mm lebih tinggi berbanding model generasi ketiga.

Ini sekali gus menawarkan ruang kepala, bahu dan siku yang lebih luas serta akses lebih mudah ke tempat duduk belakang ditambah dengan ruang simpanan 370 liter, iaitu 29 liter lebih besar. Naib Presiden MBM

 ?? [ FOTO SUPIAN AHMAD / BH ] ?? Raine pada majlis pelancaran A200 dan A250, di Kuala Lumpur, baru-baru ini
[ FOTO SUPIAN AHMAD / BH ] Raine pada majlis pelancaran A200 dan A250, di Kuala Lumpur, baru-baru ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia