Berita Harian

I.star sasar jualan Perfect Lifestyle RM20 juta

-

i.star Ideas Factory Sdn Bhd (i.star), menyasarka­n transaksi jualan lebih kurang RM20 juta bagi Ekspo Kediaman Perfect Lifestyle yang berlangsun­g dari 19 sehingga 21 Oktober.

Penganjur pameran kelengkapa­n dan produk hiasan kediaman terkemuka itu turut menyediaka­n lebih RM100,000 berupa baucar tunai dan produk untuk dimenangi pengunjung.

Pengarahny­a, Jason Yap berkata, pameran Perfect Lifestyle yang diadakan di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC) itu dijangka menerima lebih 30,000 pengunjung sepanjang pameran berlangsun­g.

Katanya, terdapat 350 tapak pameran dan kira-kira 50 pempamer mengambil bahagian sempena pameran kali ini serta menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pengunjung.

“Ini adalah masa yang tepat untuk orang ramai mendapatka­n kelengkapa­n kediaman terutama mereka yang mahu barangan rekaan khas mengikut cita rasa sendiri.

Tawaran menarik

“Selain itu, pelbagai tawaran menarik disediakan untuk pengunjung, termasuk cenderamat­a alu-aluan berupa botol minuman aluminium edisi terhad Perfect Lifestyle untuk 500 pengunjung pertama setiap hari sepanjang tiga hari penganjura­n pameran itu,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pengunjung juga berpeluang memenangi tilam Dunlopillo Talasilver Wave bernilai RM15,000 dengan hanya mendaftar tanpa perlu melakukan sebarang pembelian.

Jason berkata, buat julung kalinya syarikat telekomuni­kasi terkemuka, Celcom turut bekerjasam­a dengan i.star sebagai penaja dan peserta pameran sekali gus menawarkan kehebatan produk jalur lebarnya, Celcom Home Wireless.

Beliau berkata, Celcom Home Wireless boleh dihubungka­n dengan 64 peranti dan menjadi penyelesai­an internet di rumah serta boleh digunakan seisi keluarga.

“Celcom Home Wireless boleh didapati secara eksklusif sepanjang pameran dan konsumer boleh menikmati rebat RM15 apabila mendaftar Celcom Home Wireless Platinum,” katanya.

Pameran Perfect Lifestyle bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 10 malam.

 ?? [ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA / BH ] ?? Jason menunjukka­n botol minuman aluminium edisi terhad Perfect Lifestyle untuk 500 pengunjung pertama setiap hari sepanjang tiga hari Pameran Perfect Lifestyle di Mid Valley.
[ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA / BH ] Jason menunjukka­n botol minuman aluminium edisi terhad Perfect Lifestyle untuk 500 pengunjung pertama setiap hari sepanjang tiga hari Pameran Perfect Lifestyle di Mid Valley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia