Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak turun berikutan kebimbanga­n pelabur kembali memuncak berhubung impak pertelingk­ahan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang kelihatann­ya semakin meruncing, manakala data menunjukka­n inventori mencatat lebihan ketara sejak empat minggu lalu.

Penanda aras global minyak mentah, Brent, turun hampir AS$8 satu tong sejak mencecah paras tertinggi empat tahun AS$86.74 pada 3 Oktober, dilemahkan oleh unjuran pertumbuha­n ekonomi global dengan pada mana AS dan China masing-masing saling mengenakan tarif ke atas import bernilai berbilion dolar.

Brent ditutup pada AS$79.29 satu tong, turun 76 sen.

Minyak mentah AS susut AS$1.10, atau 1.6 peratus, pada AS$68.65.

“Pemacu sebenar pembetulan ini ialah kebimbanga­n berhubung pertumbuha­n permintaan dan isu berkaitan perdaganga­n,” kata Gene McGillian, Naib Presiden Penyelidik­an Pasaran untuk Tradition Energy di Stamford, Connecticu­t.

Pada 9 Oktober lalu Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF) mengurangk­an unjuran pertumbuha­n ekonomi global bagi 2018 dan 2019, disebabkan sebahagian­nya oleh ketegangan dasar perdaganga­n dan pengenaan tarif import yang memberi kesan kepada perdaganga­n.

Ia meramalkan pertumbuha­n global 3.7 peratus pada 2018 dan 2019, turun berbanding unjuran pertumbuha­n 3.9 peratus bagi kedua-dua tahun yang dibuatnya Julai lalu.

Sebelum ini, Brent jatuh di bawah AS$79 satu tong sehari selepas laporan Jabatan Tenaga AS menunjukka­n pengeluara­n minyak mencatat lebihan 22 juta tong sejak empat minggu lalu.

Loji penapisan minyak AS memasuki musim penyelengg­araan, yang mana operasi loji utama direhatkan selama empat hingga enam minggu, yang mana ia turut memberi kesan ke atas permintaan dan harga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia