Berita Harian

Sentimen pasaran lemah ULASAN PASARAN

Bursa tempatan susut 5.87 mata

-

Bursa Malaysia ditutup lebih rendah semalam berikutan kelemahan pasaran luar yang menyeluruh, tetapi penyusutan dihadkan oleh dagangan terpilih saham perladanga­n dan saham berharga rendah, kata penganalis­is.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.87 mata kepada 1,732.14 berbanding 1,738.01 pada penutup Khamis.

Indeks dibuka susut 4.3 mata pada 1,733.71 dan bergerak antara 1,718.13 dan 1,733.71 sepanjang hari.

Pakar Pasaran Saham Maybank Investment Bank, Nik Ihsan Raja Abdullah, berkata sentimen pasaran secara keseluruha­n lemah disebabkan oleh kelemahan luaran berhubung kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china, pertumbuha­n ekonomi China dan peningkata­n kadar faedah di AS.

“Bagaimanap­un, dagangan berpilih saham perladanga­n dan berharga rendah membantu menyokong pasaran daripada terus susut,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.60, sementara Public Bank dan TNB susut dua sen masing-masing kepada RM25 dan RM14.56, Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM9.39 dan CIMB susut satu sen pada RM6.02.

Dalam kalangan kaunter aktif, Iris menokok tiga sen kepada 17.5 sen, manakala MYEG susut 37 sen kepada RM1.13, Datasonic susut 21 sen kepada 48.5 sen, Sapura Energy susut satu sen kepada 33.5 sen dan Prestarian­g susut lapan sen kepada 54 sen.

Suasana pasaran adalah negatif dengan rugi mengatasi untung 579 kepada 252, dengan 366 kaunter tidak berubah, 702 tidak didagangka­n dan 61 lagi digantung.

Jumlah dagangan adalah tinggi pada 2.41 bilion unit bernilai RM2.3 bilion daripada 2.0 bilion unit bernilai RM2.02 bilion pada Khamis.

Indeks FBM Emas susut 60.721 mata kepada 11,970.52, Indeks FBM Emas Shariah susut 93.97 mata kepada 11,946.12 dan Indeks FBMT 100 susut 55 mata kepada 11,799.99.

Indeks FBM Ace pula menokok 2.99 mata kepada 5,099.96, tetapi FBM 70 susut sebanyak 122.619 mata kepada 13,774.15.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n meningkat 40.08 mata pada 7,426.97, manakala Indeks Produk dan Perkhidmat­an susut 0.05 mata kepada 173.11 dan Indeks Perkhidmat­an Kewangan susut 17.51 mata kepada 17,565.46.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.62 bilion saham bernilai RM2.12 bilion daripada 1.44 bilion saham bernilai RM1.9 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan Waran meningkat kepada 391.66 juta unit bernilai RM92.38 juta berbanding 342.56 juta unit bernilai RM73.69 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 396.34 juta saham bernilai RM83.12 juta daripada 201.01 juta saham bernilai RM51.59 juta sebelumnya.

Produk pengguna dan perkhidmat­an berjumlah 159.8 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, produk perindustr­ian dan perkhidmat­an (208.39 juta), pembinaan (118.3 juta), teknologi (505.38 juta), SPAC (50,000), perkhidmat­an kewangan (39.84 juta), hartanah (155.55 juta), perladanga­n (18.1 juta), REIT (4.31 juta), tutup/ dana (2,000), tenaga (266.27 juta), penjagaan kesihatan (27.93 juta), telekomuni­kasi dan media (59.91 juta), pengangkut­an dan logistik (13.03 juta) dan utiliti (45.33 million).

Bagaimanap­un, dagangan berpilih saham perladanga­n dan berharga rendah membantu menyokong pasaran daripada terus susut” Nik Ihsan Raja Abdullah, Pakar Pasaran Saham Maybank Investment Bank

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia