Berita Harian

Minum racun akibat tekanan hutang

Anak lelaki mangsa ubah fikiran selepas lihat keluarga terjun sungai

- Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

Tiga beranak yang ditemui lemas, kelmarin, dipercayai meminum racun sebelum terjun ke dalam Sungai Arau akibat tekanan hutang.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd, berkata ia berdasarka­n keterangan awal seorang lagi anak pasangan suami isteri terbabit yang ditahan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Katanya, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah restoran kirakira jam 10 malam kelmarin selepas polis mendapat maklumat awam.

Beliau berkata, lelaki itu mendakwa mereka sekeluarga menaiki kereta api dari Sungai Petani ke Arau pada pagi Selasa lalu, sebelum ibu bapa dan adik perempuann­ya meminum racun serta terjun ke dalam Sungai Arau.

“Bagaimanap­un, lelaki itu dikatakan berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke dalam sungai berkenaan sejurus meminum racun.

“Akibat terlalu takut, dia mengambil keputusan balik ke Sungai Petani dengan menaiki kereta api pada pagi Rabu sebelum dikesan orang ramai malam tadi (kelmarin),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Direman bermula semalam hingga 22 Oktober

Noor Mushar berkata, lelaki terbabit direman bermula semalam hingga 22 Oktober ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh diri, serta Seksyen 35(e) Akta Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian 1957 kerana menyembuny­ikan kematian,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mayat tiga beranak ditemui terapung di sungai oleh orang awam di dua lokasi berlainan di Arau, kelmarin.

Mayat wanita berusia 64 tahun ditemui di Sungai Tambun Tulang, manakala mayat anak perempuann­ya berusia 35 tahun ditemui di Sungai Arau pada jam 9 pagi.

Mayat lelaki berusia 66 tahun pula ditemui tidak jauh dari tempat mayat anaknya ditemui, pada jam 1 tengah hari.

Semua mangsa berkenaan kali terakhir dilihat sedang berjalan di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari rumah saudara mereka sebelum kejadian.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia