Berita Harian

Isteri berkelakua­n pelik sebelum kelar 4 anak

-

Kota Kinabalu: “Sejak dua minggu lalu, isteri berkelakua­n pelik dengan menjerit dan mengatakan bilik ini ada syaitan.”

Yohanes Kolin, 54, menceritak­an keadaan isterinya berusia 30 tahun yang disyaki mengelar empat anak mereka sehingga menyebabka­n seorang bayi lelaki maut di dalam bilik pekerja sebuah resort di Pulau Mantanani, Kota Belud, kelmarin.

Yohanes berkata, pada pagi sebelum kejadian, isteri dilihat menghentak-hentakkan kepala sendiri pada tiang bilik sebelum beliau menegurnya supaya tidak berkelakua­n sedemikian.

“Dia kembali tenang dan meminta saya meneruskan pekerjaan sambil membawa empat anak kami masuk ke dalam bilik,” katanya ketika ditemui di luar bangunan Unit Kecemasan, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas, di sini, malam kelmarin.

Dalam tragedi jam 1.30 tengah hari kelmarin, anak bongsu Yohanes berusia lapan bulan, Jerry, meninggal dunia di lokasi kejadian dengan kesan kelar di leher.

Abang mangsa, Jihan, 2, serta kakaknya, Melati, 5; kritikal, manakala Nurul Hanisah, 7, parah juga dikelar di leher dan mereka kini mendapat rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah.

Suspek dilaporkan turut kritikal akibat mengelar leher sendiri sebelum berjaya dihalang Yohanes dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini.

Difahamkan, Yohanes bekerja sebagai tukang kebun di sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani, manakala isterinya suri rumah.

Yohanes berkata, beliau masih tidak percaya berlakunya kejadian itu kerana isteri amat menyayangi anak mereka, terutama Jerry.

“Tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian kerana anak sangat manja dengannya.

“Malah sebelum kejadian, isteri ada menyuapkan biskut dan menuangkan minuman untuk anak,” katanya.

Dengar suara anak minta tolong

Bercerita lanjut, Yohanes berkata, beliau baru pulang ke rumah sebelum terdengar suara anak meminta tolong dari dalam bilik.

“Saya terus meluru dan cuba membuka pintu, tetapi dikunci. Sebaik meninjau dari tingkap, saya terkejut melihat dua anak dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya segera merempuh masuk ke dalam bilik dan melihat isteri sedang mengelar leher sendiri dengan pisau. Saya terus menahan tangannya dan merampas pisau itu.

“Dua anak yang cedera keluar dari bilik. Saya kemudian berlari keluar dan meminta bantuan pihak berkuasa yang kebetulan membuat rondaan,” katanya.

Katanya, beliau kembali bersama beberapa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 yang bergegas ke lokasi kejadian dan membantu menghantar anak serta isterinya yang parah ke hospital menggunaka­n bot.

Sementara itu di ibu empat mangsa terbabit direman tujuh hari bermula semalam.

Ketua Polis Kota Belud, Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah, berkata suspek masih dirawat di HQE dan belum sedarkan diri akibat cedera dipercayai mengelar leher sendiri.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek dikatakan berkelakua­n pelik sejak dua minggu lalu dan sering berhalusin­asi, termasuk bercakap seorang diri.

“Suspek juga ada mengadu kepada suaminya bahawa dia sering mendengar suara bisikan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kota Belud,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia