Berita Harian

3 lelaki warga asing, seorang wanita ditahan

Suspek pelajar universiti direman empat hari bantu siasatan polis

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Empat suspek kes langgar lari hingga menyebabka­n kematian di Shaftsbury Square, Cyberjaya, direman empat hari bermula semalam.

Perintah reman dikeluarka­n oleh Penolong Pendaftar, Alpha Dragam di Mahkamah Majistret Sepang, semalam.

Empat suspek terbabit, iaitu seorang lelaki Yaman berusia 22 tahun, dua lelaki Libya berusia 24 tahun dan 20 tahun serta seorang wanita berusia 32 tahun berasal dari Sabah, tiba di Mahkamah Sepang pada jam 9.30 pagi.

Semua suspek adalah pelajar di sebuah universiti antarabang­sa di Cyberjaya dan seorang daripada lelaki terbabit mengaku memandu kenderaan Hyundai berwarna perak nombor pendaftara­n BHS 7999, yang terbabit dalam kemalangan itu.

Suspek warga Yaman, Libya

Penahanan pertama dibuat kirakira jam 12 tengah malam kelmarin, membabitka­n suspek warga Yaman di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Seterusnya tangkapan lanjut dibuat di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya membabitka­n dua warga Libya dan seorang wanita.

Sebuah kereta Hyundai berwarna perak turut dirampas.

Rabu lalu, penolong pengurus sebuah syarikat telekomuni­kasi di Cyberjaya, Wan Amirah Wan Alias, 31, dirempuh dan diseret sebuah kereta di hadapan bangunan kedai Shaftbury Cyberjaya, pada jam 7.34 malam. Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya jam 4 pagi kelmarin.

Mangsa dirempuh kereta model Hyundai nombor pendaftara­n BHS 7999 dan pemandunya melarikan diri.

Video kejadian itu tersebar luas di media sosial dan mendapat kecaman netizen, berikutan suspek memandu dalam keadaan berbahaya dan sengaja melanggar mangsa.

Kereta suspek turut merempuh sebuah kereta Proton, Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Honda City di lokasi sama.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? Suspek kes langgar lari dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] Suspek kes langgar lari dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, semalam.
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia