Berita Harian

Suspek kes pukul pekerja stesen minyak direman

-

Tapah: Lelaki yang juga seorang daripada suspek yang aksinya dirakam memukul dan membaling objek kepada seorang pekerja stesen minyak PETRONAS di sini, pada 6 Oktober lalu, direman tiga hari bermula semalam.

Suspek yang juga peniaga berasal dari Cheras, Kuala Lumpur, ditahan pada jam 4.25 petang kelmarin, selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, bersama peguamnya.

Majistret, Mohd Harith Mohd Mazlan, kemudian membenarka­n suspek berusia 25 tahun itu direman selama tiga hari sehingga Ahad ini, bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, dalam kenyataann­ya semalam berkata, seorang lagi suspek ditahan Rabu lalu dan direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Seorang lagi turut ditahan

Beliau berkata, suspek berusia 40 tahun yang direman itu turut mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederak­an orang.

Klip video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian pukul yang menjadi viral itu menunjukka­n mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki, termasuk yang memakai topi keledar dari dalam stesen dan dipukul hingga terjatuh serta dibaling objek pada jam 12.45 tengah hari.

Pukul, baling air tin ke arah mangsa

Menurut laporan polis dibuat mangsa yang turut menjadi viral, mangsa berusia 24 tahun dan tinggal di Kampung Changkat Sulaiman, dekat sini, mendakwa seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan mahu mengisi minyak di pam bernombor enam, namun tidak memaklumka­n jenis minyak RON97 yang mahu diisi, menyebabka­n dia diberikan RON95.

Berdasarka­n laporan itu, lelaki berkenaan tidak berpuas hati walaupun mangsa mendakwa sudah meminta maaf dan bertindak memukul serta membaling air tin ke arah mangsa.

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA /BH] ?? Peniaga disyaki terbabit kes pukul pekerja stesen minyak PETRONAS dibawa ke Mahkamah Majistret Tapah, semalam.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA /BH] Peniaga disyaki terbabit kes pukul pekerja stesen minyak PETRONAS dibawa ke Mahkamah Majistret Tapah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia