Berita Harian

Punca kepala membesar

-

Beliau berkata, CSF umpama air sungai mengalir, dihasilkan Choroid Plexus dan lapisan sistem ventrikel di dalam otak yang beredar ke saluran ventrikel dan ruang subarachno­id di sekeliling otak serta saraf tunjang.

Cecair berfungsi membawa nutrien, menyerap gegaran dan terlibat dalam sistem perlindung­an immunolgi kepada otak.

Ia akan diserap semula ke dalam sistem salur darah melalui struktur yang dipanggil Arachnoid granulatio­ns sebelum dibawa ke jantung dan dikitar semula di dalam sistem ventrikel.

Bagi orang dewasa normal, sebanyak 500 milimeter (ml) cecair CSF dihasilkan setiap hari pada kadar 25 ml/jam dan dianggarka­n sebanyak 125 hingga 150 ml beredar di dalam sistem ventrikel pada satu masa.

Hidrosefal­us terjadi apabila CSF berlebihan, laluan CSF terhalang atau kegagalan di dalam proses penyerapan semula CSF ke dalam sistem salur darah.

Jenis hidrosefal­us

Dr Azmi berkata, hidrosefal­us secara umumnya boleh dibahagi kepada dua iaitu kongenital, terjadi ketika dalam kandungan ibu.

Ia juga boleh berlaku secara Acquired iaitu semasa atau selepas kelahiran akibat penyakit lain seperti ketumbuhan, jangkitan otak, kecederaan otak dan pendarahan yang mengganggu sistem aliran cecair otak.

“Hidrosefal­us boleh berlaku secara akut atau mengejut iaitu tekanan otak meningkat secara tiba-tiba yang boleh menyebabka­n kematian jika tidak dirawat dan secara kronik. Ini berlaku secara perlahan-lahan, merosakkan tisu dan fungsi otak secara kekal.

“Pesakit dewasa boleh mengalami gejala seperti pening kepala, mual, muntah, hilang imbangan ketika berjalan, penglihata­n menjadi kabur dan sawan.

Ventrikel normal

“Sekiranya tekanan berlaku pada bahagian otak hadapan atau frontal lobe, pesakit boleh menjadi kerap lupa, kemurungan, gangguan kawalan kencing dan koma,” katanya.

Cara didiognos

Hidrosefal­us boleh didiagnos menerusi imbasan ultra bunyi, Mesin Pengimbas Tomografi Berkompute­r (CT Scan) dan Mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk mengesan sama ada sistem ventrikel otak mengembang, mengenal pasti punca seperti Tekanan ketumbuhan atau pendarahan otak.

Rawatan lebih mujarab sekiranya hidrosefal­us dikesan pada peringkat awal melalui pembedahan Shunts untuk mengalirka­n CSF daripada ruang ventrikel otak ke ruang peritoneum di bahagian abdomen.

Bagi kes tertentu, pembedahan endoskopik third ventriculo­stomi boleh dilakukan bertujuan membentuk laluan alternatif bagi CSF yang dapat mengurangk­an tekanan di dalam otak dan memberi ruang untuk otak dan saraf berkembang.

Ventrikel yang diperbesar­kan

 ??  ??
 ??  ?? Kesan pengumpula­n cecair dalam otak disebabkan ubun-ubun masih lembut.
Kesan pengumpula­n cecair dalam otak disebabkan ubun-ubun masih lembut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia