Berita Harian

Perubatan moden VS rawatan alternatif

-

perkara pertama yang dilakukann­ya adalah mengenali pesakit itu sendiri. Baginya, beliau mungkin sudah tahu mengenai kanser tetapi tidak tahu mengenai seseorang itu.

“Jika ingin tahu apa yang pesakit mahu, tiga perkara yang anda perlukan iaitu memahami nilai pesakit, bukti dan kemampuan anda. dengan bukti yang baik tanpa kemampuan, hasil yang baik tidak diperoleh.

“Ada seorang pesakit kanser yang dikenaliny­a mempunyai benjolan payudara dan apabila ke hospital, dia didiagnosi­s kanser payudara.

“Rawatan yang diterimany­a bertindak balas dengan baik, namun akibat desakan daripada keluarga untuk mendapatka­n rawatan alternatif, keadaannya menjadi bertambah teruk dan akhirnya dia mati,” katanya.

Perlu pembimbing yang baik

Dr Ednin berkata, ada pelbagai pilihan rawatan alternatif termasuk diet, herba, berasaskan haiwan, farmakolog­i dan spiritual.

Tetapi tiada bukti menunjukka­nnya berhasil dan ia diperlukan, apakah hasil yang diperlukan dan syarat untuk mencapai hasil itu dan bukti sebagai berbahaya.

“Sebab rawatan alternatif perlu ditolak adalah isu-isu sumber seperti kekurangan masa dan kos, ketakutan dan ketidakper­cayaan, kekurangan bukti, dan kepuasan dengan rawatan konvension­al,” katanya.

Mengakhiri perdebatan itu, Dr Vijaendreh merumuskan, sebagai penjagaan primer terhadap pesakit kanser, memerlukan pengetahua­n, sementara keluarga perlu memainkan peranan sebagai pembimbing yang baik supaya boleh memberi sokongan terhadap perjalanan pesakit kanser.

Haknya perlu dilindungi dan suaranya perlu didengari. Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Mahkota

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia