Berita Harian

Alahan rinitis sukar dikesan

-

babkan pesakit mengalami sakit di bahagian dahi, belakang mata, sakit muka dan kepala apabila bersujud atau membengkok­kan badan, kerap demam, deria bau terganggu dan lendir kehijauan atau kuning.

“Alahan rinitis dan sinusitis amat berkait rapat disebabkan persekitar­an dan alahan menyebabka­n sistem imun individu menjadi terlalu sensitif.

“Ia juga dipengaruh­i oleh faktor genetik atau keturunan. Jika ibu bapa mempunyai masalah resdung atau seduan, 50 peratus anakanak mereka turut mengalamin­ya.

“Namun, masalah ini boleh dirawat atau hilang dengan sendirinya apabila seorang meningkat dewasa,” katanya.

Puncaalaha­n

Dr Rosdan berkata, cecair berlendir jika ditelan tanpa disedari akan terkumpul dalam hidung dan menyebabka­n lapisan mukosa membengkak dan menyekat bukaan sinus.

Katanya, jika jangkitan berlaku, cecair berlendir ini akan berubah warna menjadi lendir kehijauan atau kuning di dalam sinus.

“Alahan rinitis dan sinusitis menyebabka­n pesakit hilang deria bau disebabkan hidung tersumbat. Dalam kes itu ia boleh dirawat menerusi ubat atau pembedahan kecil membuang penghalang untuk mengembali­kan deria bau.

“Kita mendapati 95 pesakit yang mendapat rawatan di HUSM alah kepada makanan laut dan 40 peratus alah kepada bulu kucing atau binatang peliharaan.

“Kajian mendapati antara 27 hingga 30 peratus daripada 100 individu mempunyai masalah seduan atau resdung,” katanya.

Katanya, pesakit juga perlu menjauhkan diri daripada alahan termasuk hama debu, habuk dan bulu binatang peliharaan.

Rawatan masalah hidung

Pesakit digalakkan supaya sentiasa membasuh hidung secara menyedut sedikit air dalam hidung dan membuangny­a.

“Kita akan menggunaka­n ubat antihistam­in bagi mengurangk­an rasa gatal atau berair dalam hidung.

“Pesakit boleh menggunaka­n ste roid untuk menyembur di kawasan radang atau sensitif. Pakar perubatan akan membuat keputusan untuk rawatan kepada pesakit.

“Pembedahan kecil akan ditawarkan jika ubat yang diberi tidak mampu merawat bagi mengecilka­n bahagian dalam hidung (turbinete),” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia