Berita Harian

Akhlak kukuh tangani gejala maksiat, LGBT

-

Tanjung Malim: Peningkata­n gejala maksiat termasuk lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) di negara ini perlu ditangani secara bijak melalui asas pendidikan yang bermula dari ibu bapa.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata masalah sosial itu bukan perkara baharu dan sudah ada undang-undang mencegahny­a tetapi masih banyak yang tidak dilaksanak­an.

“Undang-undang yang ada sekarang ini alhamdulil­lah (baik), tapi itu pun banyak yang tidak terlaksana lagi. Jadi apa yang penting adalah asas pendidikan.

Terap asas agama

“Ibu ialah guru, manakala bapa asas membangunk­an manusia. Justeru perlu dididik dari rumah terlebih dahulu oleh ibu bapa dengan asas agama dan akhlak,” katanya pada pada sidang media selepas menandatan­gani Pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun) dan Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPK) di sini.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjura­n pesta arak Oktoberfes­t dan terbaru, penganjura­n sesi bertemu peminat ikon LGBT Thailand yang dibatalkan.

Yang turut hadir, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin dan Pengarah Instun, Norehan Omar.

Harussani berkata, beliau sendiri sudah menghadapi isu LGBT sejak 1968 dengan memberi ceramah kepada golongan berkenaan.

“Sebenarnya perkara ini (LGBT) bukan baharu dan banyak juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendali­kan pemulihan golongan seperti ini tetapi malangnya terdapat pihak yang menggunaka­n nama Islam tetapi menentang ajarannya dan mengatakan ajaran islam serta al-quran sudah ketinggala­n zaman.

“Manusia diberikan akal supaya digunakan untuk membuat pertimbang­an menghadapi nafsu dan apa yang penting adalah pendidikan daripada peringkat awal,” katanya.

 ??  ?? Harussani Zakaria
Harussani Zakaria

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia