Berita Harian

Turki nafi kongsi rakaman video

Kumpulan hak asasi, manusia, akhbar gesa Ankara minta bantuan PBB

-

Turki tidak berkongsi se barang rakaman audio dengan sesiapa, menurut menteri luar negara itu, semalam sekali gus menafikan dakwaan bahawa An kara menyerahka­n bukti audio ber hubung pembunuhan wartawan Arab Saudi kepada Amerika Syarikat (AS).

Mevlut Cavusoglu memberitah­u wartawan, Turki memiliki bukti dan maklumat yang diperoleh menerusi siasatan atas kehilangan Jamal Khashoggi pada 2 Oktober lalu.

Misteri kehilangan wartawan itu kini makin panas sehingga empat kumpulan utama hak asasi manusia dan kebebasan akhbar menggesa Turki, semalam untuk meminta Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) melancarka­n siasatan bagi mengelak sebarang penipuan ke atas jenayah seperti disebut ketika ini.

Pihak berkuasa Turki memiliki rakaman audio yang menunjukka­n bahawa Khashoggi dibunuh di dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul, kata pegawai Turki dan sumber keselama tan kepada Reuters minggu ini.

Arab Saudi menafikan tuduhan Turki bahawa Khashoggi dibunuh di konsulat sebelum mayatnya di bawa ke tempat lain.

“Turki tidak memberikan sebarang rakaman suara kepada Pompeo atau manamana pegawai Amerika,” kata Cavusoglu kepada wartawan dalam lawatan ke Albania.

Kongsi secara telus

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan mendakwa negara itu menyerahka­n maklumat kepada AS dan Setiausaha Negara, Mike Pompeo yang mengadakan mesyuarat tergempar di Arab Saudi serta Turki minggu ini.

“Kami akan berkongsi keputusan yang ada secara telus dengan seluruh dunia. Kami tidak berkongsi sebarang maklumat dengan manamana negara.

Kehilangan dan kemungkina­n besar kematian Khashoggi, seorang rakyat AS dan kolumnis Washington Post sudah mengundang kemarahan antarabang­sa serta mengeruhka­n hubungan antara Arab Saudi dan Barat. Terdahulu, Presiden Donald Trump berkata beliau percaya Khashoggi sudah meninggal dunia dan tidak menolak kemungkina­n untuk bertindak dengan amat buruk terhadap Arab Saudi.

Pada ketika sama, beliau menegaskan mahu mengetahui keadaan sebenar kes itu.

Polis Turki sedang menjalanka­n kerjakerja mencari mayat Khashoggi di hutan pinggir Istanbul dan bandar berdekatan Laut Marmara selama lebih dua minggu wartawan itu hilang selepas dilihat memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul, kata dua pegawai kanan Turki kepada Reuters, Khamis lalu.

 ??  ?? Jamal Khashoggi
Jamal Khashoggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia