Berita Harian

Wagner tahu helah Klopp

Pengendali Huddersfie­ld anggap bos Liverpoool cuba kaburi lawan

-

Pengendali Huddersfie­ld, Town David Wagner menjangkak­an Liverpool akan turun dengan skuad terbaiknya pada pertembung­an Liga Perdana Inggeris hari ini, sambil menganggap rakan sejawatnya Juergen Klopp cuba mengaburi kekuatan sebenarnya dengan masalah kecederaan.

Wagner menolak kemungkina­n yang Liverpool akan tampil tanpa beberapa tonggak utama selepas kecederaan dialami oleh Mohamed Salah (pangkal paha), Virgil van Dijk (rusuk) dan Naby Keita (otot) ketika menggalas tugas bersama negara.

Mungkin guna taktik lama

Sadio Mane turut menjalani pembedahan di tangannya dan diragui dapat beraksi menentang Huddersfie­ld yang kini bergelut di kelompok bawah liga.

Wagner yang juga bekas rakan sepasukan Klopp dalam kelab Jerman Mainz pada era 90-an, berkata rakannya itu mungkin menggunaka­n taktik lamanya.

“Saya cukup kenal Juergen. Saya tahu yang dia suka mengaburi penilaian pihak lawan,” kata Wagner yang pernah mengendali pasukan kedua di Borussia Dortmund ketika Klopp membimbing skuad senior.

“Jangan percaya apa yang anda baca - saya jangkakan kebanyakan pemainnya akan kembali beraksi hari ini.”

Liverpool bermula garang musim ini dengan mengutip 20 mata daripada lapan perlawanan dan berada di tangga ketiga sebagai salah satu daripada tiga pasukan teratas yang belum tewas pada kempen kali ini.

Huddersfie­ld sebaliknya mengisi kelompok tiga tercorot dan kekal dengan rekod tanpa kemenangan setakat ini. REUTERS

Jangan percaya apa yang anda baca saya jangkakan kebanyakan pemainnya akan kembali beraksi hari ini” Town David Wagner, Pengendali Huddersfie­ld

 ??  ?? Wagner (kiri) anggap Klopp cuba mengaburi kekuatan sebenar Liverpool dengan masalah kecederaan pemain.
Wagner (kiri) anggap Klopp cuba mengaburi kekuatan sebenar Liverpool dengan masalah kecederaan pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia