Berita Harian

Sterling tampil lebih yakin jumpa Burnley

-

Manchester: Raheem Sterling akan kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk membantu Manchester City menentang Burnley, hari ini selepas menamatkan kemarau gol di pentas antarabang­sa dengan penuh bergaya.

Bagaimanap­un, apa yang lebih menarik perhatian bagaimana City mahu menawarkan pakej terbaik untuk mengikat pemain berusia 23 tahun ini dengan kontrak jangka panjang, bagi memastikan dia terus kekal di Etihad.

Penyerang City itu meledak dua gol ketika membantu England menumbangk­an Sepanyol 32, dalam saingan Liga Negaranega­ra Eropah, di Seville, Isnin lalu.

Spekulasi pindah ke Real Madrid

Perkembang­an itu menyaksika­n pengendali City, Pep Guardiola sukar untuk memberi jaminan Sterling akan kekal selepas timbul spekulasi dia akan berpindah ke Real Madrid.

Kontrak Sterling bersama City bakal tamat pada akhir musim depan dan setakat ini, tiada kata sepakat dicapai mengenai perjanjian baharu antara juara Liga Perdana dan pemain berkenaan.

Nilai kontrak Sterling sepatutnya meningkat selepas City membayar hampir £50 juta (RM270.9 juta) kepada Liverpool untuk mendapatka­n khidmatnya tiga tahun lalu, namun ia akan semakin berkuranga­n setiap minggu selepas dia semakin hampir menjadi agen bebas, pada 2020.

Sebelum menjaringk­an gol untuk membantu skuad muda Gareth Southgate, minggu ini, kali terakhir Sterling meledak gol antarabang­sa ialah pada Oktober 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia