Berita Harian

Sarri buat Mourinho ‘berpeluh’

Pertembung­an di Stamford Bridge dijangka sengit, beri impak

-

mungkin akan dipecat.

Musim Mourinho dirosakkan ‘perang dingin’ dengan tonggak utama serta pendekatan­nya yang ditolak kerana tidak menyerap taktikal menyerang seperti diharapkan peminat ketika era kegemilang­an Alex Ferguson selama 27 tahun.

Sejak Ferguson bersara pada 2013, United mungkin menyesal kerana melepaskan peluang untuk mendapat khidmat bekas pemain Itali, Sarri pada jendela perpindaha­n musim panas lalu.

Gaya permainan diterapkan Sarri tidak banyak berbeza, namun pengendali dari Itali yang sentiasa mengingatk­an pemainnya supaya sentiasa tenang dan senyum ketika beraksi kini menjadi tarikan utama peminat Chelsea.

“Ada detiknya kita perlu ketepikan rasa kecewa selepas mempamerka­n aksi luar biasa. Walaupun menguasai perlawanan sehingga lima minit terakhir atau masa tambahan.

Permainan kian meningkat

“Itulah reaksi luar biasa yang cuba ditunjukka­n sekarang. Bayangkan, 10 minit sebelum itu, saya lihat Klopp memandang saya. Jadi saya tanya ‘Kenapa kamu tersenyum? Dia menjawab: Adakah kamu sedang bergembira?

“Saya berkata: ‘Ya’ dan dia menambah ‘saya juga’. Sedangkan ketika itu, dia sedang kalah. Selepas gol penyamaan Liverpool dan perlawanan tamat, kami berpelukan seperti dua sahabat lama, itulah detik yang akan diingati,” kata Sarri kepada akhbar Itali, Corriere dello Sport ketika Chelsea seri 11 berdepan skuad bimbingan Jurgen Klopp, Liverpool, bulan lalu.

Di bawah bimbingan Sarri, corak permainan Chelsea semakin meningkat dan diakui pemainnya, penjaring gol utama Liga Perdana, Eden Hazard.

“Saya suka gaya permainan ini. Ia berbeza dengan Conte atau Mourinho sebelum ini. Kami menguasai lebih banyak bola,” kata pemain Belgium itu, yang meledak lapan gol musim ini.

Prestasi menakjubka­n Hazard juga berpunca daripada cabaran Sarri yang mahukan dia meledak 40 gol musim ini.

“Memang mudah merangsang Hazard, dia bebas (di padang),” kata Sarri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia