Berita Harian

United bakal ‘hanyut’ di Stamford Bridge?

-

malam ini waktu Malaysia.

Usahlah tanya penyokong tegar keduaduany­a. Pasti jawapan diterima cenderung memihak kepada pasukan masingmasi­ng. Tiada istilah kalah dalam kamus mereka biarpun hakikatnya ada pertimbang­an harus dilihat.

Belum pernah tewas

Sebelum pertemuan malam ini, Chelsea di tangga kedua liga, berkongsi mata dengan Manchester City selaku pendahulu dan Liverpool di tempat ketiga. Seperti City dan The Reds, mereka juga belum pernah tewas setakat ini.

Dengan kedudukan mantap itu, jelas jurulatih Maurizio

Sarri sudah membuktika­n wibawa sebagai antara jurulatih paling menyerlah setakat ini.

Ditambah lagi dengan prestasi terbaik dipamerkan oleh ayam tambatan mereka, Eden Hazard menerusi tujuh gol setakat ini, The Blues seharusnya paling digeruni ketika ini.

United pula di tangga kelapan, ketinggala­n tujuh mata di belakang The Blues selepas lapan perlawanan. Mereka tewas kepada Brighton, West Ham dan Tottenham Hotspur.

Seperti diketahui ramai, pengendali United, Jose Mourinho sebelum ini memenangi tiga gelaran EPL sepanjang dua kali menjadi jurulatih Chelsea dan pengalaman itu pastinya memberikan dia motivasi untuk mengecewak­an Sarri malam ini.

Dengan kedudukan semasa yang masih goyah, hingga menyebabka­n kedudukan Mourinho turut berdepan risiko disingkir, aksi malam ini diramal bakal menyebelah­i tuan rumah.

Sebelum berkunjung ke Stamford Bridge malam ini, United tidak pernah menang dalam enam aksi terakhir sejak Sir Alex Ferguson bersara pada musim 20122013.

Satu lagi kekalahan malam ini, Red Devils akan menyamai rekod pada musim 20142015, iaitu himpunan mata paling rendah selepas sembilan perlawanan pembukaan keputusan yang pastinya tidak diingini oleh pengurusan dan penyokong setia United.

City dijangka tiada masalah

Sementara itu, City dijangka tiada masalah untuk mengutip mata penuh lagi apabila menyambut kunjungan Burnley bagi mengukuhka­n kedudukan di puncak.

Selepas terikat 00 dengan

The Reds di Anfield pada aksi terakhir, skuad Pep Guardiola sudah pasti tidak mahu terlepas mata lagi, ketika penyerang Raheem Sterling kembali mendapat sentuhan berbisa ketika membantu England mengejutka­n Sepanyol minggu ini.

Begitu juga, Liverpool yang bertandang ke Stadium John Smith untuk bertemu dengan Huddersfie­ld bagi mengekalka­n rekod cemerlang tanpa kalah. Selamat menonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia