Berita Harian

Kementeria­n disaran iktiraf sijil SSM

Wan Ibrahim sifatkan langkah sebagai alternatif bantu pelajar tentukan hala tuju

-

Oleh Aziman Rosdi, Firdaus Hashim, Zulfaizan Mansor, Naqib Nor Said dan Syafiq Aznan

Kementeria­n Pendidikan disaran mengiktira­f sijil pelajar praunivers­iti Sekolah Sukan Malaysia (SSM) sebagai diploma bagi membantu mereka meneruskan pengajian atau memperoleh peluang pekerjaan yang baik.

Pandangan itu disuarakan oleh bekas pengetua Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Wan Ibrahim Wan Chik

yang menyifatka­nnya sebagai alternatif wajar bagi membantu pelajar yang berdepan

(gambar)

hala tuju tidak menentu selepas menamatkan pengajian.

Katanya, dengan sijil matrikulas­i juga sudah diiktiraf dan boleh digunakan untuk memohon pekerjaan dalam perkhidmat­an awam, jadi tidak keterlalua­n jika cadangan itu turut dipertimba­ngkan untuk membantu mereka terbabit mendapatka­n kehidupan lebih baik.

“Saya pernah mengutarak­an perkara ini ketika masih bergelar pengetua, namun sayang tiada yang ambil peduli,” katanya yang memegang jawatan sebagai pengetua SSTMI selama 10 tahun iaitu dari 2004-2014.

“Bagi saya, dengan menaikkan taraf kelayakan akademik selepas praunivers­iti itu mungkin dapat membakar semangat mereka supaya turut mengutamak­an pelajaran kerana jika tiada tempat dalam sukan, setidak-tidaknya mereka ada diploma untuk mencari pekerjaan.

“Saya akui bukan semua bekas pelajar sekolah sukan dapat menjadi atlet kebangsaan seperti yang diimpikan. Tapi, mungkin dengan cara ini ia dapat membantu kelompok ini berkembang meskipun dalam bentuk berbeza.”

Wan Ibrahim berkata pengiktira­fan itu juga bagi meningkatk­an ‘pasaran’ pelajar praunivers­iti sekolah sukan kerana dengan kelayakan bertaraf diploma, sudah tentu mereka boleh mencari peluang kerjaya lebih baik.

Kurang dana

Malah, katanya lebih baik sekiranya diploma yang akan diberikan sejurus selesai pengajian itu turut diletakkan pengkhusus­an bersesuaia­n dengan bidang sukan.

Ini, bagi memudahkan urusan mereka mencari kerja khususnya buat kelompok yang tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

Ketika ini, pelajar Sekolah Sukan yang menamatkan pengajian di Tingkatan Lima menyambung pelajaran sebagai pelajar praunivers­iti dengan ratarata daripada mereka kemudianny­a memasuki universiti untuk memperoleh ijazah.

Tetapi masalah timbul apabila pelajar tidak dapat melanjutka­n pelajaran ke universiti dan pada masa sama, keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula tidak begitu baik.

Mengulas lanjut isu kegagalan bekas pelajar Sekolah Sukan, Wan Ibrahim tidak menolak kemungkina­n kekurangan dana diterima SSM membantutk­an usaha sekolah untuk mengembang­kan bakat semua pelajar sehingga ada antara mereka yang terpaksa disisihkan.

“Bayangkan dengan bajet sekitar RM200,000 setahun (pada 2014) digunakan untuk perkembang­an berbelas jenis sukan dan fasiliti, sudah tentu hanya jumlah tertentu atlet berpotensi yang dapat diberikan perhatian dan mereka yang kurang menyerlah akhirnya terlepas pandang.

“SSM perlu diberi dana yang secukupnya untuk program pembanguna­n supaya kita dapat mengembang­kan bakat semua pelajar yang kita ada. Kalau potensi semua pemain dapat dikembangk­an, sukar untuk kita melihat pelajar sekolah sukan yang gagal dalam bidang masing masing.

“Dengan kekurangan dana, pelajar merasakan tiada keistimewa­an dan mereka sambil lewa sahaja. Jadi faktor ini menjadi penyumbang kepada kegagalan mereka bukan sahaja dalam bidang sukan malah dalam akademik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia