Berita Harian

Kok Chi syor buat penambahba­ikan

-

Kuala Lumpur: Itu pandangan bekas Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berhubung dakwaan ramai bekas pelajar Sekolah Sukan ‘hilang arah’ selepas menamatkan pengajian.

Menurutnya, sejak kewujudan sekolah sukan di Malaysia pada 1996 dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil memulakan operasinya ketika itu, sudah banyak alumni yang berjaya dilahirkan daripada sistem itu.

Ada di antaranya yang bergelar atlet kebangsaan, pegawai kerajaan, doktor, jurutera, ahli perniagaan, jurulatih.

Kok Chi berkata walaupun ia dilihat agak berjaya daripada mata kasar, beberapa perubahan masih perlu dilaksanak­an bagi memastikan tiada pelajar yang keciciran sekali gus gagal mencari pekerjaan.

"Kasihan kepada pelajar yang sudah bertungkus lumus selama lima tahun di sekolah sukan

(gambar)

tetapi akhirnya gagal berkerja atau melanjutka­n pelajaran dalam bidang yang diinginkan.

“Jadi saya kira, pihak bertanggun­gjawab khususnya kerajaan perlu melihat semula sistem ini yang sudah lama dipraktikk­an sejak mula-mula dilancarka­n dulu.

“Mungkin salah satu penambahba­ikan dari segi pengambila­n pelajar harus diperketat­kan dengan pelajar-pelajar yang benar-benar berbakat saja dan memiliki akademi bagus diambil.

“Kita mahu melahirkan pelajar yang mempunyai keseimbang­an dari segi sukan dan akademi. Kalau boleh kita mahu lahirkan pelajar dan atlet sehebat Datuk Nicol Ann David di mana dia bukan saja hebat di gelanggang, malah turut cemerlang dalam pelajaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menerusi laporan eksklusif Sukan NSTP sebelum ini, wujud kepincanga­n dalam sistem pendidikan sekolah sukan di Malaysia yang menyaksika­n ramai di antara bekas pelajar sekadar menjadi nelayan, pemandu lori dan pekerja kilang.

Kaji semula

Ia kemudian mendapat respon positif, terutama Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang menjelaska­n pihaknya sedia mengkaji bentuk penambahba­ikan yang boleh dilakukan selain akan mengadakan perbincang­an bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Dalam kajian semula itu nanti, saya harap beberapa jenis sukan yang kita tidak kuat seperti bola keranjang dikaji semula pengambila­n pelajarnya ke sekolah sukan.

“Sekiranya ada sukan-sukan yang kita sedar tidak bagus, lebih baik dimansuhka­n dan lepaskan saja kepada MSSM (Majlis Sukan Sekolah-sekolah) untuk pertingkat­kannya.

“Saya lihat, kita lebih kuat dalam sukan individu seperti badminton, skuasy dan bowling tetapi agak lemah dalam sukan berpasukan.

“Baik kita beri lebih tumpuan kepada sukan-sukan individu yang dijangka mampu beri pulangan baik kepada negara hasil didikan awal di sekolah sukan sekali gus dapat elak sukan berpasukan yang memerlukan 20 pemain yang akhirnya tidak semuanya daripada mereka berjaya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia